Thursday 30 June 2011

FALSAMPAH GILA: terbaik dari ladang..

assalamualaikum wbt...

PERHATIAN!! Post ini hanya untuk mereka yang tidak lemah semangat sahaja.. Kepada kanak-kanak bawah 4 tahun sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa....


 apalah post kali ni ek...

korang kat luar sana rasa seksi sangat ke... Bukak sana dan bukak sini.. korang xmalu ke nak tunjuk2 kat orang... tapi ini post wa buat sebab wa nak banding korang dengan yang ni.... kalau xseksi seperti memang lu olang ha nya pun, xde la hebat mana nya pon....

 mesti lu olang xleh lawan kan...

yang ni lagi ok....

tapi, wa bukan nak bandingkan dengan minah2 jepun yang menag xde masa depan ni... kolang memang lagi power daripada dorang.... tengok ni jela.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

seksi x??
memang style la budak ni...

Korang rasa seksi x.... kalau korang seksi sangat, tengok la budak ni... ni budak laki tau... Wa rasa dia pakai macam ni sebab tengok budak2 perempuan pakai benda ni... jadi nak ikut.... kalau lu olang pakai elok2 diorang xde nyer nak pakai benda ni.... harap maklum.....

Iklan daripada kameraburuk....

Sunday 26 June 2011

FALSAMPAH YEAH : sukan paling unik...

assalamualaikum wbt...

Sukan memang sinonim dengan manusia di mana-mana zaman.. Sangat2 pelik apabila sesebuah permainan itu dilahirkan di dunia ini.. Bukan mudah mencipta game yang kita sangat2 suka... Dan lagi pelik bin ajaib, ada juga permainan yang tak masuk dek akal dalam alaf ini...

1. Hoki air..


Sukan ini dimainkan oleh 6 orang dalam sepasukan.. What the heaven.. Permainan ini memerlukan seseorang menyelam didalam air untuk mendapatkan bola serta menjaringkan gol... diorang ingat ni game scuba diving ape... boleh tahan lama2 dalam air.. Sukan ini hanya dimainkan oleh sesetengah negara sahaja sebabnya xmenjadi ikutan ramai.. nak tengok g mana sebab main dalam air... Samapi mampus xnampak..

2. Bossaball..


Permainan ini dimainkan oleh 3-5 pemain dalam satu masa.. Pengiraan mata adalah seperti permainan bola tampar tapi apa yang sepesail tentang permainan ini adalah... dia ada trampolin untuk lompat tinggi... Sapa-sapa yang gila ak lompat tinggi boleh la masuk.. tapi, jadi persoalan kalau dah lompat tinggi sampai masuk jaring lawan macam mana pulak... hahaha~~

3. Ferret legging..



Permainan ini adalah untuk menguji ketahanan seseorang.. Peraturannya simple sahaja.. sapa bertahan lama... dia menang da... Dua ekor ferret akan di letakkan didalam seluar di mana seluar itu akan diikat pada bahagian bawahnya... Wa... tahan geli la amatnya... dan rekod dunia telah dilakukan pada tahun 1981 oleh ger mellor dengan catatan 5 jam 30 minit... lama jugak la... 

wassalam...

Friday 24 June 2011

FALSAMPAH AWEKS: artis endon...

assalamualaikum wbt...

mesti jika anda peminat sinetron Indonesia.. Mesti anda mengenali perempuan yang bernama asmirandah.. Keberkesanan dia dalam lakukan sangat memukau dan keayuannya terserlah dengan pakej yang ada pada dirinya...


gambar asmirandah masa sekolah.... cuweet gitu...

ini pula gambar masa iklan... iklan ape aku pun blurr..

Tapi, aku berharap suatu hari nanti dia akan jasi seperti dalam filem mihrab cinta dengan memegang watak silvi yang bertudung dan sangat anggun.....

 sangat anggun jika memakai pakaian muslimah...

 aset penting... mata yang menggoda..

 ini pon boleh...

 pic yang paling cantik.... like her...

Dan,saya berharap artis-artis kat malaysia dapat memakai pakaian muslimah seumpama di atas... bagi wanita diluar sana.. tanya diri sejauh mana pemakaian anda....


Ini contoh artis malaysia yang dibanggakan rakyatnya.... aku xminat la korang...

wasalam..

Monday 20 June 2011

FALSAMPAH GILA: serangan zombie..

assalamualaikum wbt..

hari in berlaku dalam sejarah dunia bahawa satu serangan zombie telah berlaku di England.. Di Leicester, England terdapat sesetengah penduduknya membuat onar(masalah) apabila cuba menguji tahap keselamatan negara itu.. Hal ini berlaku kerana pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk tidak meyediakan tempat untuk para-para zombie.. bengong jugak orang Britain ni...

Mereka membuat demo dengan memakai pakian zombie... Hahaha~~ Mereka ni dah addicted dengan zombie kampung pisang agaknya.... harap-harap kat Malaysia tak de lakan...


 dalam youtube ini link dia... http://www.youtube.com/watch?v=tnYVIrjZZp8&feature=player_embedded

wassalam...

Sunday 19 June 2011

FALSAMPAH YEAH: ade ke?

assalamualaikum wbt..

hari ini aku nak bercerita tentang kereta.... memang susah dipercayai adanya kereta macam ni kat dunia hari ini.. tapi nothing impossible in our life.. Boleh la dikatakan kita jumpa benda impossible dalam dunia tiap-tiap hari.. langit yang kita tengok cantik giler tu still boleh berdiri tanpa tongkat tapi, siapa pernah terfikir walaupun sesaat benda tu.. tiada kan...(sebenarnya aku pun fikir lepas orang bagitahu... haih...) back to the topic...

Kereta yang macam mana menjadi idaman anda semua... Ferrari, Mercedes, or BMW....? tapi berbeza dengan yang ini...

Peel 50 KeretaTerkecil di Dunia

Kereta ini adalah paling kecil dalam dunia pada masa kini.. saiznya mungkin satu perlima daripada kereta yang sedia ada.. Kereta ini diciptakan di Britain dan dibuat berpasangan.. Macam-macam manusia zaman sekarang.. Kalau bawa depan treler ni, memang hancus la...

saiz kereta ini.... keciknya...

ini pasangan dia...

seterusnya,
carian google.. jarak jauh...

Ini adalah limousine terpanjang di dunia.. Panjangnya adalah 30 meter dan mempuntai 26 tayar untuk di bawa ke merata tempat.. tempat diciptakan tak tahu la pulak.. Sebagai informasi, di dalam limousine ini terdapat jacuzzi full size.. untuk kegunaan penumpangnya.... Syok kot...


 jarak dekat...

Tidak ada benda yang mustahil dalam dunia ini... Kereta pun macam-macam orang boleh buat... Wassalam...

Saturday 18 June 2011

FALSAMPAH YEAH : cara melipat baju dengan cepat...

assalamualaikum wbt..

Post ini dibuat bagi siapa yang dah tak tau cara nak lipat baju.. Mesti mudah je nak lipat baju kalau kena cara tapi, aku boleh jamin mesti ramai lelaki kat luar tak pandai lipat baju.. Especially, lelaki yang asyik suruh isteri dia je wat kerja rumah... malu la weh sebab sekarang lelaki wajib buat semua benda tu.. Chef wan pun pandai masak.. Nikan lipat baju... wat malu je la... hahaha~~ (padahal aku baru je belajar lepas tengok syahmi lipat baju..) 


NI LINK KAT YOU TUBE... http://www.youtube.com/watch?v=S43Pp0RfMBg

wassalam...

Friday 17 June 2011

FALSAMPAH YEAH : para pengumpul setem....

assalamualaikum wbt...

Entry ini dilakukan tidak menyentuh mengenai orang yang masih hidup atau mati... Minggu lalu, dalam perjalan pulang dari kelas, terdengar satu statement daripada seorang kawan ni apabila aku bertanyakan mengenai futsal..

"malas dah aku nak main futsal ni.. lepas ni nak la aku tukar hobi iaitu kumpul setem"(syeqal, 2011)

aku apa lagi tergelak bagai nak rak sebab statement dan hobi macam budak sekolah rendah daripada orang berpelajaran tinggi, tapi sebab mamat ni nak tukar hobi.. aku cuba la search kat internet pasal setem.. Manalah tahu dapat tengok setem-setem yang menarik.. Ahakz~~ sebenarnya aku tak puas hati dengan statement dia..

Apabila di search, ini yang dijumpai...


1. British Guiana One Cent Black on Mantega



Setem yang paling mahal dan berharga dalam dunia ini.. setem ini berbentuk oktagon dan  untuk pengetahuan semua bahawa setem ini telah dicetak di atas kertas yang murah harganya yang menggunakan mangeta tinta hitam.. Setem ini telah dihasilkan pada tahun 1856 oleh British printer, Waterlow & Sons. Harga setem ini adalah $3 JUTA = RM 11 JUTA.. harapan la nak dapat..

 2. Three Yellow Skilling


Setem ini adalah kedua termahal dalam sejarah hidup manusia dalam tamadun ini... Setem ini berbentuk empat segi yang berwarna kuning/oren.. Setem ini dipanggil three yellow skilling kerana seorang penduduk sweden telah mencetak tiga skilling setem diatas kertas kuning berbanding di atas kertas hijau yang sepatutnya digunakan.. Dan, pemuda tersebut hanya mencetak satu cetakan setem sahaja untuk umum.. (lagi mampus aku nak dapat).. Pada tahun 1996, setem ini telah dijual dengan harga $2.3 juta atau bersamaan RM8.05 JUTA.. 

3. The Penny Black


Setem ini adalah ketiga termahal dalam dunia ni..(kat planet marikh aku tak tau la sebab tak pernah sampai..) Setem ini berbentuk empat segi dan ini adalah setem pertama wujud di atas muka bumi ini.. British telah mencipta setem ini bagi kegunaan menghantar surat ke negara lain.. Tarikh pencptaan setem ini adalah 1 Mei 1840.. dan harganya mencecah $2 JUTA = RM 7.6 JUTA

In conclusion, Jangan gelak dekat orang lain jika tidak tahu fakta.. Tapi aku rasa si syeqal tu pun tak tahu sebenarnya.. beruntunglah sapa-sapa menemui setem ini.... kaya bro....

wassalam..

Thursday 16 June 2011

FALSAMPAH BERITA : publisiti murahan

assalamualaikum wbt....

Dimanakah letaknya nilai Islam bagi seorang melayu beragama islam? atau sengaja dilakukan supaya melanggar agama Islam yang diciptakan oleh Allah SWT kepada mereka.. Didalam kad pengenalan mereka tertulis Islam tapi dari amalan dan perjuangan mereka semestinya sudah jauh daripada simpang Islam.. Kebenaran atau kesilapan berlaku namun, kejadian ini membuatkan kita sedar bahawa umat islam sekarang semakin jauh daripada pegangan mereka..

Suatu masa dahulu, kita mengutuk negara denmark kerana mengeluarkan satu kartun yang mengambarkan Rasulullah saw yang berjanggut memakai kupiah berbentuk bom.. Umat Islam satu dunia dan juga termasuk Malaysia pada amnya bangkit memarahi mereka untuk seketika.. Islam dipermain seperti "bola ditengah padang" oleh kuasa besar seperti Amerika and sekutunya.. 

 "Dimanakah kita ketika semua orang meluahkan kemarahan kepada denmark di atas karikatur tersebut? adakah dipawagam mahupun di kelab malam?" jawapannya ada pada anda sendiri...

inilah lukisan dalam berita di denmark...

Setelah lenyapnya berita tersebut, hadir seorang melayu dan islam yang sama seperti pelukis karikatur tersebut.. Mempersendakan Ulama dalam bidang kehakiman.. Sedangkan Allah SWT turunkan al-quran supaya digunakan isinya untuk umat sekalian alam... Bagi saya yang kurang dalam ilmu agama pun tahu batas agama.. mempersendakan agama Islam adalah sesuatu yang dimurkai Allah SWT dan tidak boleh diterima akal umatnya...

ulama dipertikai? untuk publisiti murahan..
 
Cuba kita nilai dengan kehidupan kita.. Apabila seseorang mempersendakan keturanan kita dihadapan kita dan dengan lenangnya tidak di hukum.. Apakah itu adil bagi kita? Maka, bangkitlah sahabat daripada tidur yang lama untuk kembali menyinar seperti zaman khalifah Umar Abdul Aziz dahulu... Ulama diangkat menjadi ketua negara kerana ketokohannya bukan kerana kekayaan yang ada dalam dirinya...

Di dalam hadits Abi Darda radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Sesungguhya para malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang alim akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.
” (Shahih, HR Ahmad (V/196), Abu Dawud (3641), at-Tirmidzi (2682), Ibnu Majah (223) dan Ibnu Hibban (80/al-Mawarid).

wassalam...
 

Design By:
SkinCorner