Showing posts with label RAYA. Show all posts
Showing posts with label RAYA. Show all posts

Saturday, 3 September 2011

DI HARI RAYA (PART 3)~ mesti baca...

Assalamualaikum wbt....

Bertemu kembali dalam celotih si kecik... Korang mesti tertunggu-tunggu update seterusnya pasal si kecik kan... Sebenarnya ini bukan pasal kecik but, berkaitan aku la... Sempena sambutan hari jadi yang ke20.. Memang sepesial sebab kali ni terkena sekali dengan raya.... TERBAIK LA KAN... Lagipun, kali ni lebih special daripada yang tahun lepas... Sebab kami sambut empat orang punya birthday dalam satu masa...

 1. aku...
2. kak ima...
3. Abang long (syafiq)~ anak sulong mak cik aku...
4. Angah (anak abang gua la)

Tapi cerita pasal ni memang tak best... Advanture mencari kek untuk hari jadi ni memang terlebih... At first, kami pergi ke Bachok untuk melawat arwah abah Kecik ni... Kesian kat dia ni.. Kecik-kecik dah jadi anak yatim... Tapi, sangat gembira bila ada abang-abang macam aku yang boleh bagi kasih sayang kepada dia... At least, dia tahu yang ada yang sayang pada dia... Tanpa ibu bapa, siapalah kita... Soalan yang akan orang tanya kat si kecik ni....

someone: Kak chik, abah mana?

Kecik: Abah dah mati...(dengan perlahan)

Someone: Kalau abah dah mati, kak chik ada doa tak kat abah?

Kecik : Ada la... Kak chik, selalu doa kat abah...

Budak sekecik ni tahu berdoa... So, fikir-fikirkan lah pasal diri kita... Kecik ni dah di ajar sejak kecil lagi untuk solat... Rasanya umur 3 tahun dia dah solat... Tapi, dia memang pemalas bab solat... Tapi, kalau 2 orang ni suruh solat, mesti dia dengar sebab dia rapat sangat dengan 2 orang ni... hehehe~~ Aku dengan abang aku la... sebab kalau dia tiada teman.. Kitaoranglah yang teman dan main dengan dia... Aku suka sangat kat budak2... walaupun kadang2 memang sangat la malas main dengan diorang tapi hilang stress kalau main dengan diorang....

Sorry, gambar kecik solat tak terambil la pulak... sebab dalam kamera abang...

Eh, dah lari topik ni... Saper-saper ada baca berita kes nak bunuh diri kat kb mall dulu mesti tahu mana lokasi tempat tu... Aku drive kete masa tu.. Dah nak sampai tempat parkir paling atas... ada sebijik keta ni brek... So, advanture tak... Tak kan... Yang ngek nya, lepas tu... Boleh pulak keta buat ragam lepas berhenti... Main clutch dengan gear pun xnak gerak... Lat2, mati kat situ... bukan sekali try tapi, 3 kali... Mungkin bawak lebih muatan kot... Terpaksa la tunggu keta naik untuk undur pergi tempat flat untuk naik balik...


sampai tertido si kecik sebab nak 
tunggu kek punya pasal...

Itu baru first problem... Yang ni masa nak parkir... Memang terbaik... Kat kb mall ni pelik cket... Sebab kat parkir berbumbung ada longkang yang harus dilalui... Memang terbaik... Sebab keta xnak lepas pulak longkang tu sebab salah pilih port... Longkang tu jadi luas sebab dah pecah sikit... So, payah la nak budget... Memang sakit... But at last dapat jugak makan kek secret recipe... So, korang layan je la gambar hari jadi ni...


  Hari tu jugak, aku buat keyupat untuk kawan-kawan... Rasa kecewa pun ada sebab sapat celebrate kejap je but, untuk orang yang aku dah janji... So, aku buat la... Korang rasa lah air tangan aku, nenek dan abang aku buat ketupat ni... Sakit pinggang aku buat tu... hehehe~~

Last will coming soon... Ni worst tragedi dalam hidup aku untuk hari keempat hari raya.... see you soon...

Friday, 2 September 2011

DI HARI RAYA (PART 2) ~ cerita yang lucu dan perlu tahu...

Assalamualaikum wbt...

Ketika orang sedang sibuk bercerita tentang kemeriahan hari raya.. Aku dah family aku pun sama.. Cuma bezanya, kami ini kurang bercerita tentang benda yang biasa... Mesti yang di bincangkan pada hari raya adalah pasal kemalangan dan juga pasal sanak saudara kat luar kan... Dan, tak lupa pasal kesesakan lalu lintas.. Kami sekeluarga akan berbicara pasal benda lain... Korang nak tahu ape dan kenapa... Jom kita menyelusuri hujung pangkal tentang cerita ini...

ceritaraya... nak dengar atau tak ni...

Yang tua akan berbicara tentang politik di kala mereka berjumpa... Sebabnya sekarang ni, kita punya politik makin meruncing... Banyak sangat tipu helah dan juga penipuan... Yang aku dengar, mangsa jatuh daripada sprm punya bangunan dulu adalah jiran my uncle... and, ada la cerita dia bagitahu... Tapi, aku tak nak masuk campur la sebab itu hal orang dewasa.. Aku ni mana boleh mengundi lagi... So, korang kenalah abaikan pasal ni...

in my mind la...

Yang muda berbicara tentang cerita yang akan mencuit hati anda.. Ini fakta daripada ustaz di sebuah sekolah di malaysia, dia memberitahu bahawa 4+1 sekawan hang adalah bukan melayu... Kenapa? Sebab diorang adalah bodyguard puteri han li po.... So, kenapa 4+1? 4 dikalangan mereka adalah berasal daripada China iaitu, hang tuah, hang jebat, hang lekir and hang lekiu... But, hang kasturi berasal daripada tanah melayu... So, dipanggil 5 sekawan hang... Orang melaka berbangga dengan diorang ni... But, just one of them adalah melayu... So, boleh la daripada tak de...

 misteri hang....

Second story adalah berkaitan "Solat jumaat menjadi solat terawih...". Dalam sebuah masjid di malaysia ni, ketika khatib memberi khutbah jumaat, si bilal masjid tertido.. Mungkin malam tu tertidur lewat... So, nak dijadikan cerita, Imam berada di belakang si bilal tadi... Untuk membuat si bilal bangun, si imam mengusap belakang si bilal setelah usai khutbah pertama... Namun, usahanya gagal... Imam ini berusaha untuk kali kedua, dengan mengusap dengan lebih sedikit supaya si bilal itu bangun... kali ini pun still gagal...
Untuk terakhir kalinya, imam itu mengejut bilal buat kali ketiga dengan menepuk belakangnya dengan berhemah... Nak tau apa jadi....

ape ye?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LAGI LA..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

bilal yang tidur dengan pantas nya bangun....

bilal : Allahummasolliala saidina muhammad

makmum yang tidur pun turut bangun dan menjawab...
makmum: sallallah wassallamualaih...

Begitulah solat jumaat menjadi solat terawih... Moral of the story,  

JANGANLAH TIDUR MASA ORANG BAGI KHUTBAH... NANTI MALU SENDIRI...

Time for final exam la pulak... Tidak ada yang dapat mengubah diri kamu kecuali diri kamu sendiri.... Harap maaf...

Yang Ikhlas,
firdaus

Thursday, 1 September 2011

FALSAMPAH RAYA: DI HARI RAYA PART 1

Assalamualaikum wbt...

Tiada kegembiraan selain daripada kegembiraan di hari raya... Itu sahaja ungkapan yang boleh diucapkan kepada semua manusia... Tapi, bukan mudah untuk seseorang lupakan Ramadhan... Di bulan mulia, kita berpuasa selama sebulan dan, kita meraikannya di bulan Syawal yang mulia... Tapi, pernahkah kita berfikir tentang amalan kita di bulan ramadhan... Adakah semua yang kita lakukakan diterima atau tidak diterima... Sedangkan Rasullulah saw berpesan sesuatu kepada umatnya pada hari mulia...

"DARIPADA Abi Umamah daripada Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu." (Hadis riwayat Ibnu Majah)"
  
So, macam mana dengan korang? mesti terfikir balik tentang raya la... Dan, mesti ramai yang akan keluarkan sebab korang tak buat... Semua tu korang buat rilek sudah la... Korang memang perlu beribadat tapi, korang buat la slow2 kalau belum pernah buat... Kalau baca al-Quran tu, mulakan slow-slow... Takut kena renjatan letrik dan shock terus... So, korang buat slow2 la kecuali benda wajib... tak der alasan yerp...

Ni aku nak update pasal hari raya aku ni... Tak der la gempak sangat sebab aku ni orang biasa... Bukan macam orang lain... Raya mesti nak gempak tapi aku nak simpan tapi, meriah... Memang style aku macam tu la... Simple but, style...Aku tak suka benda complicated sebab akan memeningkan kepala.. So. meh kita layan suasana hari raya aku pada 1st day... Kalau nak gempak, kena tengok 2nd and 3rd day la... Bukan ape, ada sesuatu yang aku nak cerita untuk 2nd and 3rd day untuk tatapan semua....


Inilah suasana di hari raya... Mesti korang nak tengok muka kecik pada hari raya kan... So, kita kita tengok macam mana la si kecik di hari raya ni... hehe~~

Muka nak spesen je...

 Ni muka yang real...

So, setakat ini sahaja aku punya update untuk hari ni... Kalau nak tengok muka aku memang tak arr... Aku malas nak tunjuk muka sendiri... Malu... hahaha~~ Ok.. Babai....

Yang ikhlas...
firdaus



 

Design By:
SkinCorner