Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

WTF... BARANG BESAR PUNYA...

Assalamualaikum wbt...

Barang besar? Apakah itu... haha~~ Mesti semua orang tengah fikir pelikkan... Saje je buat typing error supaya semua orang tengok barang besar... I mean bawang merah terbesar di dunia... Kalau korang ada fikiran kuning, mesti korang bukak punya aku punya post kali ni... Hopefully, korang tak marah... Sorry... Bawang terbesar dunia? Kat mana tu? Macam mana bentuk benda tu?



Seorang pesara, Peter Glazebrook telah memecahkan rekod dunia dengan bawang merahnya yang mempunyai berat 8.150kg (17 paun 15 setengah aun). Secara automatik ia masuk Guinness book of World Records. Rekod sebelum ini dipegang oleh John Sifford, dari West Midlands, dengan berat 16 paun 8.37 aun sejak tahun 2005.


Setelah 30 tahun menceburi bidang pertanian, Peter Glazebrook telah memecahkan hampir 10 rekod dunia dalam bidang ini... Sekarang dia sudah berusia hampir 67 tahun masih menjadi petani walaupun pekerjaan tetapnya adalah jurukur... Dia telah cuba untuk menghasilkan bawang yang paling berat di dunia selama 25 tahun tetapi sentiasa tertinggal sehingga kejayaan semalam di Pertunjukan Bunga Harrogate (Harrogate Flower Show).


 
 

SUMBER : SINI

Thursday, 16 June 2011

FALSAMPAH BERITA : publisiti murahan

assalamualaikum wbt....

Dimanakah letaknya nilai Islam bagi seorang melayu beragama islam? atau sengaja dilakukan supaya melanggar agama Islam yang diciptakan oleh Allah SWT kepada mereka.. Didalam kad pengenalan mereka tertulis Islam tapi dari amalan dan perjuangan mereka semestinya sudah jauh daripada simpang Islam.. Kebenaran atau kesilapan berlaku namun, kejadian ini membuatkan kita sedar bahawa umat islam sekarang semakin jauh daripada pegangan mereka..

Suatu masa dahulu, kita mengutuk negara denmark kerana mengeluarkan satu kartun yang mengambarkan Rasulullah saw yang berjanggut memakai kupiah berbentuk bom.. Umat Islam satu dunia dan juga termasuk Malaysia pada amnya bangkit memarahi mereka untuk seketika.. Islam dipermain seperti "bola ditengah padang" oleh kuasa besar seperti Amerika and sekutunya.. 

 "Dimanakah kita ketika semua orang meluahkan kemarahan kepada denmark di atas karikatur tersebut? adakah dipawagam mahupun di kelab malam?" jawapannya ada pada anda sendiri...

inilah lukisan dalam berita di denmark...

Setelah lenyapnya berita tersebut, hadir seorang melayu dan islam yang sama seperti pelukis karikatur tersebut.. Mempersendakan Ulama dalam bidang kehakiman.. Sedangkan Allah SWT turunkan al-quran supaya digunakan isinya untuk umat sekalian alam... Bagi saya yang kurang dalam ilmu agama pun tahu batas agama.. mempersendakan agama Islam adalah sesuatu yang dimurkai Allah SWT dan tidak boleh diterima akal umatnya...

ulama dipertikai? untuk publisiti murahan..
 
Cuba kita nilai dengan kehidupan kita.. Apabila seseorang mempersendakan keturanan kita dihadapan kita dan dengan lenangnya tidak di hukum.. Apakah itu adil bagi kita? Maka, bangkitlah sahabat daripada tidur yang lama untuk kembali menyinar seperti zaman khalifah Umar Abdul Aziz dahulu... Ulama diangkat menjadi ketua negara kerana ketokohannya bukan kerana kekayaan yang ada dalam dirinya...

Di dalam hadits Abi Darda radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga. Sesungguhya para malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang alim akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.
” (Shahih, HR Ahmad (V/196), Abu Dawud (3641), at-Tirmidzi (2682), Ibnu Majah (223) dan Ibnu Hibban (80/al-Mawarid).

wassalam...
 

Design By:
SkinCorner