Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

DUNIA PANTAI PALING AWESOME...

Assalamualaikum wbt...

Hari ni ada last battle untuk final exam.. Harap yang tidak membuatkan cuti panjang menjadi muram... Dah banyak sem aku punya course exam paling last tapi, aku rasa itu berbaloi sebab ada masa untuk study... Siap boleh tengok bola lagi... Orang lain struggle 3-5 subject untuk 3 hari... So, aku dikira beruntung... But hari ni tak nak la kacau mood exam untuk cerita exam-exam yang lepas... So, kita layan kita punya gambar je la ye...

Ni gambar kat california... Memang awesome sebab kalau kita kat malaysia or negara lain... Typical jenis tanah atau pesisir terdiri daripada batu kikir dan juga pasir... But, here bukan main lagi ada kaca... Mesti korang ingat merbahayakan... Kaca untuk tempat ni selamat untuk dipijaklah... Tapi, korang mesti pelik mendengar cerita disebalik kejadian pandai misteri ni...



Pada awal abad ke 20, Penduduk Fort Bragg telah membuang seluruh sampah sarap dalam isi rumah mereka kedalam laut termasuk kereta dan juga cermin... Setelah sekian lama kejadian ni berlaku, pihak kerajaan telah mengharamkan mereka membuang sampah disitu dan kawasan itu dikosongkan... Tapi, kawasan itu tetap di panggil "pusat pembuangan sampah" walaupun kerja membuang sampah di hentikan... Setelah sekian lama, kerajaan mengarahkan supaya kawasan tersebut di bersihkan... Maka, hasilnya seperti di bawah...






Daripada tempat pembuangan sampah menjadi tarikan pelancong... What the heaven.... =__=

YANG IKHLAS,
firdaus

Sunday, 4 September 2011

FALSAMPAH INFO: TIADA KEHIDUPAN SETELAH MATI? IMPORTANT..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sebab dah teruk sangat belajar... Memang aku terlalu mengejar ilmu sampai aku lupa dan alpha dengan dunia... Aku nak korang amik pensil dan buat Math... Mesti korang akan buat dengan tekun tanpa merasa masa itu tetap berjalan... Tiba-tiba anda sedar bahawa masa sudah terlalu lewat... Sebelum ni, aku ada terbitkan pasal SOMALIA... Negara yang paling digeruni buat masa ini... Hal ini berkaitan kematian but, siapa kenal dia nih...


Manusia bekerusi roda ini adalah STEPHEN HAWKING... sapa-sapa tak kenal dia ni memang la biol sebiol otak aku sekarang... Satu dunia bangga dengan kejayaan dia menggukur alam semesta menggunakan big bang theory... Bukan yang cerita tu... Sampai ada yang menjadi pengikut setia sampai mempercayai semua kata-katanya... Kat Malaysia ni, kit ada seorang budka pandai matematik yang di bangga-bangga... Padahal Itu semua ketentuan Ilahi... But, nak buat ape bangga sangat... Nanti makan diri..



ni theory big bang...

Tapi, adakah manusia ni mempercayai kehidupan setelah kematian? jom kita baca statement dia... Fisikawan terkenal Stephen Hawking baru-baru ini menjelaskan keyakinannya bahwa Tuhan itu tidak ada dan oleh karena itu manusia harus berusaha untuk menjalani kehidupan mereka sebaik-baiknya selama hidup di bumi....

 “Saya telah hidup dengan prospek kematian dini selama 49 tahun terakhir. Saya tidak takut mati, tapi saya tidak akan terburu-buru mati. Begitu banyak yang ingin saya lakukan terlebih dahulu. Saya menganggap otak sebagai komputer yang akan berhenti bekerja ketika komponennya gagal. Tidak ada surga atau akhirat untuk komputer yang rusak; surga atau akhirat adalah sebuah kisah dongeng bagi orang-orang yang takut gelap.”

 adakah kehidupan setelah kematian?

Buku terbaru Hawking, "The Grand Design," melawan teori Isaac Newton yang menyatakan bahwa matahari tidak boleh diciptakan tanpa campur tangan Tuhan.

"Karena ada hukum seperti gravitasi, alam semesta  dan akan menciptakan dirinya sendiri dari tidak ada. Penciptaan spontan adalah alasan sesuatu ada dari tidak ada, mengapa alam semesta ada, mengapa kita ada… anda tidak perlu memanggil Tuhan untuk mengatur alam semesta berjalan," kata Hawking.

 siapakah yang mengatur segalanya?
adakah ia terjadi sendiri?

Stephen Hawking didiagnosis menderita penyakit Lou Gehrig degeneratif pada usia 21. Ia kehilangan kemampuan berbicara dan selama beberapa dekade telah berbicara melalui alat bantu synthesizer elektronik.  

Adakah kita tidak percaya tiada kehidupan setelah kematian? Anda boleh bertanya pada diri anda... Jika anda tahu di manakah roh anda sekarang... Boleh anda terangkan kepada aku supaya aku boleh jugak cari di manakah roh aku... Di kepalakah, di hidungkan dan di jantungkah? Sama-sama kita hayati surah as-syams yang menerangkan tentang pergerakan bumi dan matahari... 

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari(1) 
Dan bulan apabila mengiringi(2) 
~as-syams :1-2~

ni la matahari bagi orang noob...

Dalam ayat-ayat ini Allah bersumpah dengan matahari terbit atau tidak terbit sebab dia adalah benda besar yang menunjukkan atas kekuasaan yang menciptakannya dan bersumpah dengan cahayanya, karena dia adalah sumber kehidupan bagi semua yang hidup. Dengan bulan apabila mengiringinya, dengan siang apabila menampakkannya, dengan malam apabila menutupinya, dengan langit serta pembinaannya, dengan bumi serta penghamparannya dan dengan jiwa serta penyempurnaan ciptaannya.
Kesemuanya itu menunjukkan atas kekuasaan Allah SWT pencipta benda-benda dan hal-hal yang luar biasa itu.

So, ini kes sama macam kes tentang manusia dicipta daripada monyet... Apa kes dengan si Darwin ni... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila layari SINI... Hopefully, korang jangan anggungkan seseorang tu melebih sangat... Takut jadi masalah kepada kita... But, 

"kita ambik yang postif daripada seseorang dan terap dalam diri kita... So, tak delah kita terpesong"

So, harap korang faham...



Yang ikhlas,
firdaus

Saturday, 3 September 2011

FALSAMPAH INFO: SOMALIA DAN BAHAYANYA...

Assalamualaikum...

Hari ni aku hold dulu pasal hari raya... In case, aku lupa korang bagi tahu yerp... Hari ni tajuk tentang Somalia kerana negara ni menyebabkan kesusahan kepada seluruh umat manusia dalam muka bumi ini... Kalau nak di ikutkan, kawasan negera ini amat strategik... Laluan terbaik untuk seuruh kapal melaluinya kerana disebelah kiri dan kanan nya berbukit serta sibuk dengan kapal dagang untuk ke Arab Saudi... Pada tahun 2008, timbul kes rompakan kapal dagang daripada malaysia... Pihak malaysia sibuk menghantar pasukan keselamatan untuk menyelesaikannya... Kita lihat kronologi pada bulan 8 tahun 2008...



1 Ogos
Kapal milik Singapura, MV Gem of Kilakiri, diserang lanun di utara pantai Somalia. Kumpulan lanun itu menggunakan dua buah bot laju sambil menembak sebutir bom tangan menggunakan senjata jenis RPG ke atas dek kapal tersebut. Bagaimana pun bom itu tidak meletup. Mengikut laporan oleh pihak International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, serangan itu berlaku di timur Teluk Aden. Walau bagaimana pun, nakhoda telah meminta bantuan melalui talian kecemasan khas yang disediakan. Sebuah kapal perang milik dari armada Fifth Fleet Amerika Syarikat, USS Peleliu, dihantar bagi membantu kapal tersebut.
Pihak lanun segera berundur setelah menyedari ketibaan kapal perang itu.

~7 Ogos
Bot tunda milik Nigeria, MT Yenegoa Ocean dirampas di luar pantai Somalia.

12 Ogos
Kapal milik syarikat Thoresen Thai Agencies, Thailand, MV Thor Star, berserta 28 anak kapal dirampas lanun di luar pantai Somalia.

19 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 39 anak kapal dirampas lanun di perairan Teluk Aden di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran dari Indonesia ke Rotterdam.

22 Ogos (3 kapal terlibat)

Kapal jenis bulk carrier milik Iran, MV Iran Deyanat, berserta 29 anak kapal di rampas lanun di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran membawa bijih besi dari China ke Rotterdam. Sebuah kapal tanker milik Jepun (nama kapal tidak diberikan) dirampas lanun pada hari yang sama. Sebuah kapal kargo milik Jerman berserta 9 anak kapal juga dirampas lanun pada hari yang sama.

30 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 42 anak kapal dirampas lanun di perairan luar pantai Selatan Yemen selepas melepasi Teluk Aden dalam pelayaran dari Arab Saudi ke Singapura.

Namun, itu hanya tinggal sejarah... Kalau diikutkan, Malaysia seharusnya berwaspada dengan situasi ini kerana kita sudah menjadi tumpuan perompak dan lanun di sana.. Manakan tidak, sebab kita dah kena rompak sekali dahulu... dan, kita hantar tentera untuk menyelamatkan barang yang dirompak... So, diorang mesti dah target kita dahulu sebab kita ni manusia... Penuh dengan dendam... But, kita tidak belajar daripada kesilapan dahulu... MELAYU MUDAH LUPA...


Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan. Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru... Adakah anda terfikir sesuatu? Peluru sesat atau memang di sengajakan... Anda sebagai manusia boleh membuat dua anggapan disini... Peluru sesat sebagai alasan ataupun, telah disegajakan tembakan itu... Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

 Mengikut Utusan online, sudah hampir 38 wartawan telah di bunuh sejak 1992 dan kenapa wartawan menjadi sasaran pembunuhan? adakah semua itu adalah kerana peluru sesat atau memang di sengajakan... Anda boleh tafsirkan sendiri dengan mencari info di internet... Secara konklusinya, anda harus bijak berfikir sejenak dalam hal berkaitan ini... Somalia sudah tidak aman selepas jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dahulu... Akibat berlaku kebuluran dan kemarau panjang di negara ISLAM tersebut...

Sekalung takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd. Nor dan semoga segala jasa dan amalan beliau diterima Allah SWT... Sebagai saudara seagama islam, hanya ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk mengenang jasa beliau.. Tujuannya amat mulia dengan menyertai program amal tapi, kesudahan yang perit haruS dirasa...

"KEMATIAN ADA DI MANA SAHAJA DAN BEGITU HAMPIR DENGAN KITA, MAKA, BERSEDIALAH KITA UNTUK SEBUAH KEMATIAN"

SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH KEPADA SI MATI,
Noramfaizul Mohd. Nor

 IKHLAS DARIPADA,
 firdaus


SUMBER SINI

Tuesday, 23 August 2011

FALSAMPAH INFO : BEZA BLOGGER DENGAN MANUSIA BIASA..

Assalamualaikum wbt..

Dalam hidup ini manusia mesti setiap kerjaya mesti ada perbezaan antara satu dengan yang lain... Blogger ni pun ada perbezaan juga dengan manusia biasa sebab kalau di jadikan profesion dalam hidup akan mesti menguntungkan... Sebab setahu aku la, ramai blogger dapat duit kalau buat benda-benda baru dan banyak view.. Kalau blog aku ni, memang tak de ape la akan.. follower tak banyak... So, korang nak tahu tak beza blogger ni ape..

1. Waktu Tidur...

Blogger ni waktu tidur adalah waktu untuk mencari idea.. Kalau korang tak percaya, korang cuba tanya mana-mana blogger informasi dan kreatif punya blog.. Adakah diorang banyak tidur? Full-time blogger akan susah tidur sebab lubuk dia kat blog la.. Kalau tak ramai tengok blog dia, mesti dia punya kantung pun nipis la..


2. Komputer akan sentiasa disisi..



Kalau nak diikutkan, programmer lagi sibuk dengan komputer but, blogger boleh mengalahkan mereka sebab diorang ni waktu tidur pun dengan komputer.. Orang kata la, bini nombor dua la komputer tu... Memang hari-hari kena update benda.. So, kalau ada benda berlaku atau ada idea mesti terus tulis... Kalau tak tulis, mesti hilang idea..


3. Otak sentiasa bergerak..

Nak diikutkan, ada jugak blogger yang update pasal mimpi diakan.. Ini menunjukkan dia tak habis-habis berfikir.. Ma aku dulu ada cakap, kalau tidur tu still banyak fikir, mesti akan ada mimpi buruk akan berlaku... Tapi, blogger ni semua ada.. Time tidur ke, time makan ke, time b!@#k pun still fikir jugak.. Nak buat macam mana.. Tak update mesti orang kecewa... So, kena la cari idea...


4. Penakut..

Ikutkan blogger kebanyakkannya penakut kalau didepan orang ramai... Diorang suka menulis tapi, tak suka bersuara.. It is mean ramai blogger yang tahu tulis tapi tak tahu cakap... Just joking la.. Diorang ni payah berinteraksi dengan orang time interview... Diorang ada banyak idea, but, tak tahu nak cakap macam mana..


5. Berkongsi rasa..

Itulah blogger... Kalau tak percaya, korang try search blog-blog perempuan... Almost of them, mesti cerita pasal perasaan.. Tak kisah la pasal awek, pasal balak atau pasal family... Mesti ada je diorang nak update.. Bukan ape, diorang akan rasa macam cacing kepanasan kalau tak kongsi tapi, most of readers akan menyampah... So, kurang-kurangkan lah...


Tu je kot... Yang aku tahu la... Kalau korang ada idea, bagi tahulah si kecik ni... Kalau korang tak ade benda-benda ni semua, mesti korang bukan blogger sejati...

yang benar,

firdaus

Saturday, 13 August 2011

FALSAMPAH INFO : TEROWONG BAWAH LAUT TERPANJANG..

Assalamualaikum wbt..

Terowong Selat (Channel Tunnel) merupakan satu terowong keretapi sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover. Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England degan Coquelles dekat Calais di Utara Perancis.





Terowong ini telah terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada tahun 1994. Ia merupakan terowong keretapi kedua terpanjang di dunia, cuma terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia. Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.



Manakala Gotthard Base Terowong (GBT) adalah sebuah terowong keretapi yang sedang dibina di Switzerland. Dengan panjang direncanakan 57 km (35,4 batu) dan total 153,5 km (95.4 batu) dari terowong, shaft dan bahagian-bahagian yang dirancangkan, ia akan menjadi terowong terpanjang (dari semua rel keretapi dan jalan terowong) di dunia selepas siapnya, daripada pemegang rekod ketika ini, Seikan Tunnel (Jepun yang menghubungkan pulau Honshu dan Hokkaido). Projek ini direka untuk memaparkan dua terowong berasingan yang mengandungi satu lagu masing-masing. Terowong adalah sebahagian daripada projek AlpTransit Switzerland, yang juga dikenali sebagai New Keretapi Link melalui NRLA Alp yang juga merangkumi Base Lötschberg Terowong antara kanton Berne dan Valais. Seperti Lötschberg terowong, itu dimaksudkan untuk melewati rute pegunungan yang berkelok-kelok dan membentuk laluan langsung berpadanan untuk kereta api laju dan berat kereta api barang. Setelah siap diharapkan untuk mengurangkan waktu perjalanan 3.5 jam dari Zurich ke Milan dengan satu jam. Ini juga akan mengurangkan masa antara Zurich dan Lugano ke 1 jam 40 minit. Kedua portal akan berada dekat Erstfeld, dan Bodio Kanton Uri, Kanton Ticino.





Sumber : wikipidia.org

FALSAMPAH INFO: BANGUNAN DALAM PEMBIKINAN...

Assalamualaikum wbt...

Semalam aku dah update pasal yang bawah tanah... Semalam ek? lupa dah bila sebab hari ni otak biol sikit... Terlebih tido... Nak buat macam mana sebab aku ni memang suka tido... Lebih-lebih lagi time cuti... Okeyh, back to the topic... Sebab dulu aku nak naik KLCC tak jadi dengan family dan frust menunggeng sebab tak dapat naik sampai sekarang.. So, aku buat impian nak buat bangunan tinggi-tinggi... So, sekarang masa untuk aku update pasal bangunan tertinggi (to be), bila tu tak tahu la...

1. BIONIC TOWER

 replika..

Bandar secara MENEGAK... Itulah konsep yang di bawa oleh bangunan ini untuk kediaman manusia di masa hadapan.. Arkitek daripada sepanyol telah diberi kepercayaan untuk merialisasikan konsep ini.. Dengan ketinggian 1228 m, dan mempunyai 300 tingkat menjadikan dia sebagai rumah kediaman tertinggi di dunia dalam pembikinan... Macam mana? TERBAEK~~ Kalau lift rosak ada alternative lain tak?... owh terlupa... Bangunan ni akan terletak kat Hong Kong....

2. RESIDENCE ANTILIA, INDIA



Bangunan kediaman PERSENDIRIAN.... Banyak nye duit mamat ni... Jutawan Mukesh Ambani India, Pengerusi Reliance Industries, syarikat sektor swasta yang terbesar di India telah merangka bangunan kediaman untuk family nya selama 1 dekad = 10 years... Denagan anggaran 27 tingkat yang boleh memuatkan 6 tingkat tempat parking kereta, 2 tingkat rumah tamu... beberapa tingkat tempat hiburan dan juga tingkat pelbagai guna seperti tempat letak pakaian... Bangunan ini sepatutnya siap 2008 but, entah siap atau belum sebab kalau dah siap mesti masuk tv... Ini adalah bangunan tertinggi di mumbai kalau dah siap la...


3. BURJ MUBARAK AL KABIR



Bangunan TERTINGGI di dunia(to be), Bangunan yang menelan keluasan 250 km2 kawasan di Surban, Kuwait.. Bangunan ini menelan belanja USD 94 billion (RM 329 BILLION), Ketinggian nya adalah 1001m yang akan mengalahkan ketinggian bangunan Burj Khalifa di Dubai yang hanya ketinggian 828 m... Ini akan menjadikan bangunan ini  tertinggi di dunia... Untuk pengentahuan semua, lift Burj Kuwait ini memerlukan 3 ruang tingkat untukmeletakkan enjinnya untuk membolehkan liftnya berfungsi...Besarnya ruang dia guna...

4. REGATTA, INDONESIA..



Bangunan APARTMENTS yang serba canggih yang terdiri daripada 4 buah apartment yang menjadi mercu tanda kota Jakarta... (to be), Konsep yang digunakan adalah Rumah api yang akan sentiasa dikaitkan dengan laut. Konsep Hotel Lighthouse dan akan menjadi Icon of Jakarta. Bangunan ini seolah-olah kapal etnagh berlayar dilautan... Ka-pergh... mesti cantikkan... Setiap bangunan yang akan dibina akan mengambil konsep daripada beberapa tempat iaitu, Rio De Janeiro, Miami, Monte Carlo, Dubai, London, New York, Shanghai, Tokyo, Acapulco dan Sidney; setiap kawasan pedalaman menara akan diilhamkan oleh orang-orang bandar-bandar...


5. RUSSIA TOWER...




Bangunan PENCAKAR LANGIT dia russia ini hanya akan menjadi mimpi dalam setiap engineer... Kerana bangunannya telah di batalkan pembinaannya pada 2009 atas sebab tertentu...inilah plot pembinaanya... Pembinaan bermula pada September 2007, dan telah dirancang untuk siap pada 2012.... Jumlah kawasan struktur yang akan meliputi 520,000 m2, yang 38% (kira-kira 200,000 m2 akan ditempatkan di bawah tanah..... Menara itu akan mengandungi 118 lantai, 101 lif dan tempat letak kereta bawah tanah untuk menampung 3680 kereta..... Perdagangan kedai-kedai runcit yang terletak di tapak bangunan. Keupayaan orang maksimum bangunan dijangka sekitar 30000..... Pembinaan telah dihentikan pada bulan November 2008, pada bulan Februari 2009, projek itu digantung, dan pada bulan Jun 2009, projek itu secara rasmi dibatalkan......

Banyaknya bangunan tinggi-tinggi lepas ni... Tak der lah aku nak kempunan naik KLCC lagi... hahaha~~ BTW, aku ni civil engineer (to be) mesti la nak wat bangunan-bangunan macam ni jugak... So, kena fikir la macam mana bangunan yang aku nak buat.... hehehe~~ 

Sunday, 17 July 2011

FALSAMPAH INFO: bila taman tema dibiarkan... ginilah jadinya....

Assalamualaikum wbt....


First at all, i loike apabila berbicara tentang politics.. Sudah 3 hari abang najib kita berada di UK.. Dan, tiga hari jugak la dia terpaksa menahan malu berkaitan bersih 2.0.. Kalau diikutkan, dialah perdana menteri pertama daripada Malaysia tidak dijemput dengan red carpet... Haih... Tu la saper suruh jahat...

Hari ni kecik nak bercerita tentang kehidupan selepas bencana.. Korang still ingat kejadian ribut yang melanda new Orleans, US pada tahun 2005 yang menenggelamkan 3/4 daripada bandar tersebut... Kejadian tersebut memberi sejarah hitam yang amat memeritkan pada sape2 ada kat ctu... i mean penduduk la... Kalau diikutkan memang buruk gila bencana tu sebab kecik pun tengok ikut tv... Mana ada duk kat citu...




 Six Flags adalah sebuah taman tema yang berada dikawasan tersebut... Kalau diikutkan, macam genting la tapi, bila la genting tu nak runtuh... Yang taman tema tak pe, tapi, yang judi and arak tu biar la runtuh... Kata Ustaz Azhar Idrus, setiap daripada kita ni menanggung sedikit dosa yang dilakukan oleh mereka jika kita tak mencegah mereka daripada melakukan maksiat... mereka tu means penduduk jugak ye...

pintu masuk... sebelum ribut...
 
taman tema yang sangat cantik...
 
orang ramai bergembira.... 2004..
 
segala-galanya tinggal kenangan...

Apabila berlaku New Orleans dilanda ribut 2005, kita boleh tengok effect dia pada Six Flags ni sampai sekarang... Dah 6 tahun kot, tapi sekarang dah jadi macam tempat peliharaan zombie... jom kita tengok...











 lu ayahanda ka, abang long ka, ini tempat gua pegang..













 



 p/s: ada gambar diambil sebelum 2011... but, ada yang tahun 2011... so, benda ni still terbengkalai la...


 

Design By:
SkinCorner