Hari ni aku hold dulu pasal hari raya... In case, aku lupa korang bagi tahu yerp... Hari ni tajuk tentang Somalia kerana negara ni menyebabkan kesusahan kepada seluruh umat manusia dalam muka bumi ini... Kalau nak di ikutkan, kawasan negera ini amat strategik... Laluan terbaik untuk seuruh kapal melaluinya kerana disebelah kiri dan kanan nya berbukit serta sibuk dengan kapal dagang untuk ke Arab Saudi... Pada tahun 2008, timbul kes rompakan kapal dagang daripada malaysia... Pihak malaysia sibuk menghantar pasukan keselamatan untuk menyelesaikannya... Kita lihat kronologi pada bulan 8 tahun 2008...
1 Ogos
Kapal milik Singapura, MV Gem of Kilakiri, diserang lanun di utara pantai Somalia. Kumpulan lanun itu menggunakan dua buah bot laju sambil menembak sebutir bom tangan menggunakan senjata jenis RPG ke atas dek kapal tersebut. Bagaimana pun bom itu tidak meletup. Mengikut laporan oleh pihak International Maritime Bureau (IMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, serangan itu berlaku di timur Teluk Aden. Walau bagaimana pun, nakhoda telah meminta bantuan melalui talian kecemasan khas yang disediakan. Sebuah kapal perang milik dari armada Fifth Fleet Amerika Syarikat, USS Peleliu, dihantar bagi membantu kapal tersebut.
Pihak lanun segera berundur setelah menyedari ketibaan kapal perang itu.
~7 Ogos
Bot tunda milik Nigeria, MT Yenegoa Ocean dirampas di luar pantai Somalia.
12 Ogos
Kapal milik syarikat Thoresen Thai Agencies, Thailand, MV Thor Star, berserta 28 anak kapal dirampas lanun di luar pantai Somalia.
19 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 39 anak kapal dirampas lanun di perairan Teluk Aden di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran dari Indonesia ke Rotterdam.
22 Ogos (3 kapal terlibat)
Kapal jenis bulk carrier milik Iran, MV Iran Deyanat, berserta 29 anak kapal di rampas lanun di luar pantai Somalia semasa dalam pelayaran membawa bijih besi dari China ke Rotterdam. Sebuah kapal tanker milik Jepun (nama kapal tidak diberikan) dirampas lanun pada hari yang sama. Sebuah kapal kargo milik Jerman berserta 9 anak kapal juga dirampas lanun pada hari yang sama.
30 Ogos
Kapal tanker milik syarikat perkapalan MISC Berhad berserta 42 anak kapal dirampas lanun di perairan luar pantai Selatan Yemen selepas melepasi Teluk Aden dalam pelayaran dari Arab Saudi ke Singapura.
Namun, itu hanya tinggal sejarah... Kalau diikutkan, Malaysia seharusnya berwaspada dengan situasi ini kerana kita sudah menjadi tumpuan perompak dan lanun di sana.. Manakan tidak, sebab kita dah kena rompak sekali dahulu... dan, kita hantar tentera untuk menyelamatkan barang yang dirompak... So, diorang mesti dah target kita dahulu sebab kita ni manusia... Penuh dengan dendam... But, kita tidak belajar daripada kesilapan dahulu... MELAYU MUDAH LUPA...
Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan. Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru... Adakah anda terfikir sesuatu? Peluru sesat atau memang di sengajakan... Anda sebagai manusia boleh membuat dua anggapan disini... Peluru sesat sebagai alasan ataupun, telah disegajakan tembakan itu... Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.
Mengikut Utusan online, sudah hampir 38 wartawan telah di bunuh sejak 1992 dan kenapa wartawan menjadi sasaran pembunuhan? adakah semua itu adalah kerana peluru sesat atau memang di sengajakan... Anda boleh tafsirkan sendiri dengan mencari info di internet... Secara konklusinya, anda harus bijak berfikir sejenak dalam hal berkaitan ini... Somalia sudah tidak aman selepas jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dahulu... Akibat berlaku kebuluran dan kemarau panjang di negara ISLAM tersebut...
Sekalung takziah kepada keluarga Noramfaizul Mohd. Nor dan semoga segala jasa dan amalan beliau diterima Allah SWT... Sebagai saudara seagama islam, hanya ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk mengenang jasa beliau.. Tujuannya amat mulia dengan menyertai program amal tapi, kesudahan yang perit haruS dirasa...
"KEMATIAN ADA DI MANA SAHAJA DAN BEGITU HAMPIR DENGAN KITA, MAKA, BERSEDIALAH KITA UNTUK SEBUAH KEMATIAN"
SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH KEPADA SI MATI,
Noramfaizul Mohd. Nor
IKHLAS DARIPADA,
firdaus
SUMBER SINI
No comments:
Post a Comment