Showing posts with label KASIH. Show all posts
Showing posts with label KASIH. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

SUPPORT LA MEMBER-MEMBER..

Assalamualaikum wbt....

Saya anak malaysia... Dan saya bangga jadi anak malaysia... hehe~~ Boleh percaya ke ni kecik ha? abang ko ni sayang malaysia... Kata nak sambung kerja kat Australia... So, tak sayang la tu... Sebenarnya, aku wat benda ni saje2 je... Bukan aku masuk contest pun tapi, sebab aku pun tengah belajar di Universiti Malaysia... So, kena support la member-member sikit... Bukan payah pun... hehe...



Sebenarnya, post ni khas untuk kawan aku di Universiti ni... Dia masuk contest SAYA SUKA MALAYSIA yang di taja sepenuhnya oleh petronas... Sayangnya, aku dapat tahu lewat... Kalau tak, dah lama aku masuk sekali... But, kalau dah kawan masuk takkan nak potong stim dia kot...So, Support la member-member sikit... Pada 18/8 - 25/8, PETRONAS buat la pertandingan SAYA SUKA MALAYSIA... So, bukan main lagi ramai yang masuk aku bukan ape la... aku suka jugak Malaysia sebab aku xpergi lagi negara lain....



Bab kata kawan aku la, kalau ko xsayanng negara ko sape lagi nak sayang... Nampak sangat aku ni xsayang negarakan... But, ni khas untuk kawan aku yang sedang berjuang dalam contest ni... So, korang layan example2 ni... nanti aku cakap macam mana nak undi dia...



Ala, dua cukup ke tak ni... So, korang xyah la nak support bukan member-member ni... Korang support member aku ni ye... mudah je cara dia nak support member ni...

1. korang "login facebook"
2. korang try search "Petroliam Nasional Berhad (Petronas)"
3. korang like page ni dan korang tengok sebelah kiri...
4. Tekan "SAYA SUKA MALAYSIA"
5. kat situ ada box search and taip "syamsul"
6. Then, tekan like kat video dia...
7. Tamat...


Senangkan, so, nilah video kawan kita tu... Support la member kita ni.... Hadiah kalau menang aku pun xtau... So, layan....




So, cepat2 la support member ni... Dekat final ni, tolong orang ni amat la mulia... hehehe~~ Tarikh tutup dia 12/9.... So, cepat2 la mengundi.... UNDI JANGAN TAK UNDI....

IKHLAS DARIPADA,
firdaus

Wednesday, 24 August 2011

FALSAMPAH KASIH : INIKAH YANG KITA MAHU...

Assalamualaikum wbt...

Mungkin anda semua sudah tahu bahawa LIBYA sudah jatuh kepada pihak pemberontak.. Dengan jatuhnya MIRAMAR GADDAFI maka, runtuhlah institusi kerajaan LIBYA di bawah pemerintahaan rejim GADDAFI.. Korang tahu atau tak kenapa semua orang nak sangat GADAFFI ni jatuh daripada pemerintahannya.. So, kita review sedikit tentang Kes ini..

Gadhafi melaporkan bahwa dirinya telah dianugerahi gelar "Raja segala raja Afrika." Ia juga memutuskan bahawa ia harus dikenal sebagai "Panduan Pertama Revolusi besar September Rakyat Libya Arab Sosialis Jamahiriya" atau "Brotherly Leader and Guide of the Revolution​." Meskipun ia sudah dianggap sebagai pemerintah international untuk sebahagian besar kekuasaannya setelah dituduh dalam berbagai terorisme, Gadhafi meninggalkan program senjata yang dilarang pada tahun 2003 untuk mengembalikan Libya ke dalam politik kesatuan antarabangsa. Pada bulan September 2004, Presiden AS George W. Bush secara rasmi mengakhiri perdagangan AS....



Gadhafi dalam beberapa tahun terakhir, terus mengungkapkan keinginannya untuk mendirikan "Amerika Serikat Afrika.". Pada tahun 1972, Gadhafi mencuba untuk menggabungkan Libya dengan Mesir dan dua tahun kemudian, ia membuat usaha lain, untuk menggabungkan Libya dengan Tunisia. Dianggap sebagai sekutu AS, Gaddafi berbicara dengan cepat dan kuat terhadap setelah serangan 11 September di World Trade Center dan Pentagon, dan mendesak Libya untuk menyumbangkan darah bagi para korban. Bulan lalu Gaddafi katanya ia takut perubahan kekuasaan di Tunisia sedang dieksploitasi oleh kuasa asing. Dia juga membantah bahawa ia telah mengundang menggulingkan Presiden Zine al-Abidine dan Ben Ali ke Libya. Dalam pidato segera setelah keberangkatan Ben Ali, Gaddafi mengatakan dia "sedih" dengan peristiwa kekerasan di Tunisia, bahawa orang di sana sudah terlalu terburu-buru dalam mendorong Ben Ali mundur dan darah tertumpah dengan sia-sia di sana ... dan, hari ini LIBYA sudah jatuh ketangan pemberontak..
 
So, inilah suasana yang berlaku di LIBYA pada masa sekarang..
 
 
 
HARAP-HARAP KORANG AMBIL PENGARAJAN.... JANGAN BERLAKU KAT NEGARA KITA SUDAH LA KAN...

more info di SINI


Monday, 22 August 2011

FALSAMPAH KASIH: ADAKAH ANDA AKAN LAKUKANNYA?

Assalamualaikum wbt....

Ribut Petir telah melanda di Suzhou, China dan kelihatan semua orang telah mencari tempat teduh tetapi seorang pengemis OKU tidak sempat nak bergerak ke kawasan tersebut. Jadi pengemis tersebut terpaksa berada di tengah-tengah jalan raya dibasahi oleh hujan yang lebat. Teiba-tiba seorang gadis yang kasihan melihat pengemis tersebut meluru keluar dengan payung terus menolong pengemis tersebut. Gadis tersebut tanpa menrisaukan dirinya akan dibasahi oleh Ribut Petir yang kencang telah menyentuh hati seramai 24,000 orang di negara tersebut. Gambarnya tengah menolong pengemis tersebut ditangkap oleh seorang jurugambar yang unknown. Kini gambarnya telah tersebar dari forum ke laman sosial yang lain di China. Gadis tersebut dikatakan menangis selepas berjaya membawa pengemis tersebut sampai ke tempat teduh kerana kasihan melihat keadaan pengemis tersebut. Pelbagai admin dari laman sosial China telah menyuruh orang ramai untuk menelefon mereka sekiranya mereka tahu siapa gadis yang baik ini. Katakan anda berada di situ adalah anda akan buat perkara yang sama? Sanggup ke anda lari semula ke dalam ribut untuk selamatkan orang? Cuba fikir berapa ramai orang yang begitu baik hati sekarang? Semua pentingkan diri sendiri.






 HARAP BOLEH AMBIK PENGAJARAN....

REFERENCE SINI

Friday, 19 August 2011

FALSAMPAH KASIH: MANA MAK?

Assalamualaikum wbt...

Ini cerita amik kat Google Group but, nak kongsi pada readers....

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sebab dah dekat raya ni, sila-sila lah menelefon ibu bapa anda dan bertanyakan kesihatan mereka dan sentiasa mendoakan mereka...

Wednesday, 20 July 2011

FALSAMPAH KASIH: sedangkan monyet boleh tapi kita...

Assalamualaikum wbt...

Esok kecik ada fieldtrip... So, hari ini just nak share cket... eh, pagi esok la... haih... Hari ini kecik dapat komen pasal mencarut... Erm.. Tak pe lah kalau nak marah kecik pasal tu... Kecik ni open minded je... Nak tegur apa2 pun boleh asal tak keterlaluan.. BTW, thanx pelik sebab tegur... Sebab kecik concern dengan keadaan banyak sangat bayi jadi mangsa dibuang oleh.... Erm... nak kata ibu bapa pun tak kahwin lagi... erm... Orang-orang yang tak bertanggungjawab la... macam mereka ni...



Kalau dah terlanjur tu, jaga je la anak tu... Buat apa malu.. Diorang tak bersalah langsung pun... Maybe you make one mistake in our life but, don't make it twice with kill your own son.. Dua-dua dosa besar but, jangan la sampai buang or bunuh diorang... Anak-anak kecil yang tak kenal dunia lagi... sedih tahu... Kata-kata kakak ipar kecik... " kalau diorang tak nak anak, bagi je la kat orang yang tak boleh melahirkan anak ni... kitaorang bukan tak nak anak tapi belum ada rezeki.."


tak kesian ke hang pa semua?
Sedangkan monyet sayangkan anaknya... Bukan Monyetartik ye... Nevermind, kalau tak percaya tengok la monyet ni...















so, macam mana? nak buat benda terkutuk lagi... Korang jangan ingat takut kat ibu bapa je... Ingat ada sesuatu yang sentiasa dekat dengan kita... Jika kita ingat padaNya... maka kita akan takut untuk bermaksiat...


p/s: jangan nakal-nakal tahu... nanti kecik marah tau.... hahaha~~





 

Design By:
SkinCorner