Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Tuesday, 6 September 2011

DUNIA HAMPIR KEPADA KEMATIAN...

Assalamualaikum wbt...

Usia dunia ni dah terlalu tua untuk menampung dosa penduduk di atas muka bumi ini... Manakan tidak, banyak je tempat maksiat seperti di genting highland la paling hampir dengan kita... Tapi, manusia ni semua nya Ego lebih... Dia ingat dunia ni bapak dia punya.. Tapi, mestilah sebab tangan-tangan manusia jugak benda tu berlaku.. Bermula tsunami di acheh, kemudian menular ke Jepun dan, Hari ni gempa besar kembali ke Acheh... Bukan kita tak tahu, majoriti penduduk acheh adalah melayu nusantara dan juga beragama Islam... Tapi, kenapa gempa ini berlaku dekat diorang..



Kalau di jepun, aku tahulah kenapa tapi, di acheh? Satu daerah yang di kenali sebagai "serambi mekah" but, mesti ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan malapetaka itu datang kepada mereka.. Masakan tidak Allah SWT menurunkan laknat jika semua beriman...

 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

So, apabila korang baca ayat ni mesti korang tahu kenapa acheh di landa musibah... Bukan kerana Allah SWT tak sayang tapi Allah SWT nak memberi peringatan kepada kita... Jika orang beriman, dia akan ambil pengajaran tapi, bagi yang tak kenal erti jemu membuat dosa... Fikir-fikirkan lah...  Harap korang semua dapat faham apa yang apa aku nak sampaikan...

 kesan gempa...(hiasan)

Setakat ini, hanya dua kematian yang diketahui membabitkan rakyat aceh... Gempa ni berskala 6.7 skala rikter... Walaupun tak seteruk tahun 2004, tapi ia sudah cukup untuk memberi petanda bahawa dunia sudah hampir kepada penghujung... cuba baca sebahagian surah Al-Zilzal (1-5)...

"Tatkala bumi berguncang dengan guncangan yang dahsyat, Dan bumi mengeluarkan bebannya, Dan manusia berkata: 'Apa yang telah terjadi padanya (dunia')?,Pada hari itu bumi akan menyampaikan beritanya, Karena Tuhanmu akan mewahyukan kepadanya."

Dan juga surah ini ( QS. Al Israa : 59 )...

" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran".






Maka, apakah harus kita lakukan? fikir-fikirkanlah untuk masa depan bersama... Jangan sampai Allah SWT sampaikan ujian yang dahsyat kepada kita untuk menyedarkan kita... Kita boleh berkata kita tidak kena musibah tapi, Jika Allah SWT tidak menurunkan musibah tidak semestinya kita selamat dunia dan akhirat...



YANG IKHLAS,
firdaus

Saturday, 27 August 2011

FALSAMPAH AGAMA: KHAS UNTUK KAUM HAWA..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni dapat jumpa si kecik... what the release it? dah dekat 2 minggu tak jumpa sepupu ku yang cute lagi pemalas ni... Memang perangai still tak berubah iaitu, suka cakap sorang-sorang... Memang type jenis macam tu... Gila handset but, comel.. Boleh tak nak upload gambar terbaru dia ni... hehe~~ nanti lah sebab sekarang ni dia tengah tidur... Ingat kat rumah ni aku malas nak update bebelog tapi, bila baca shoutbox tu.. Terharu pulak soalan daripada seseorang... So, i will try to be honest.. Aku ni bukan pandai agama... Terang-terang ni mengaku but, ilmu tu ada-ada la sedikit.. hehe~~

 pelik: nape xley letak gambar perempuan plak?
guest: rasanya tuan blog pun tau kenape.. maybe lain kali bleh wat post psl isu ni. ko gano?

Kes ni bermula lepas hamba meletakkan gambar kat dalam post NI.... Bukan ape la kan, nak wish Hery Raya Eidulfitri kat kengkawan di universiti... So, aku buatlah post tu.. But, aku terlupa one thing in mylife.. KENAPA AKU LETAK GAMBAR PEREMPUAN DALAM POST TU? so, sekarang aku akan rungkai kenapa dilarang keras meletakkan gambar perempuan dalam blog atau Pagebook (fb)...


Soalan yang telah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus : 

Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambar di Facebook / Twitter dan sebagainya.

Jawapan : 

  • Sama ada buku, internet, suratkhabar, sama sahaja keadaannya. Gambar yang dilihat di dalam gambar dan di luar (dunia realiti) adalah sama, iaitu menutup aurat. Apa yang harus dilihat di luar sama seperti yang dilihat di dalam gambar.
  • Cuma gambar JANGAN besar. Muka kalau boleh besarnya satu inci sahaja.
  • Jangan bertabarruj.

    Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah: 



    "dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

    Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

    Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

    Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

  • Bukan bertujuan orang lelaki tengok yang akan menyebabkan jatuh cinta.
  • Yang dibenarkan syariat sahaja.
  • Kenapa tak boleh gambar yang besar, walaupun tutup aurat?
 > Orang khianat. Kerana ada seorang perempuan ni gambar mukanya besar, telah di ambil gambarnya dan telah di super impose *kalau tak salahlah*  @ "EDIT" dengan menjadikan gambarnya gambar "naked" dan telah menganiayainya.

 lebih elok letak gambar kanak-kanak...
tak ada nyer orang nak caci atau stalk kan...

Daripada pandangan ustaz azhar diatas, bukan tidak boleh meletakkan gambar anda pada blog mahupun pagebook.. Tapi, haruslah di hadkan.. Macam aku letak dulu, ada gambar budak kelas yang pergi event sekali mandi manda.. Tu mungkin akan menjatuhkan maruah mereka.. So, hopefully korang faham... Untuk lebih penerangan, sila rujuk sumber kat bawah... TIDAK DISARANKAN BUKAN TIDAK BOLEH... But, lebih baik menjaga daripada membuat sesuatu yang mengaibkan dirikan... harap-harap korang faham...

 pandangan manusia pada kaum hawa...

Ini adalah pandangan manusia apabila berdepan dengan kaum hawa... Banyak je alasan yang tak pakai tudung kenapa diorang tidak pakai tudung.. But, itu cuma alasan... Nanti aku update pasal benda ni pulak... So, harap korang dah faham la... Sorry for update lewat... Internet slow kat rumah... hehe~~



SUMBER SINI, SINI DAN SINI...  
 

Design By:
SkinCorner