Saturday 27 August 2011

FALSAMPAH AGAMA: KHAS UNTUK KAUM HAWA..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni dapat jumpa si kecik... what the release it? dah dekat 2 minggu tak jumpa sepupu ku yang cute lagi pemalas ni... Memang perangai still tak berubah iaitu, suka cakap sorang-sorang... Memang type jenis macam tu... Gila handset but, comel.. Boleh tak nak upload gambar terbaru dia ni... hehe~~ nanti lah sebab sekarang ni dia tengah tidur... Ingat kat rumah ni aku malas nak update bebelog tapi, bila baca shoutbox tu.. Terharu pulak soalan daripada seseorang... So, i will try to be honest.. Aku ni bukan pandai agama... Terang-terang ni mengaku but, ilmu tu ada-ada la sedikit.. hehe~~

 pelik: nape xley letak gambar perempuan plak?
guest: rasanya tuan blog pun tau kenape.. maybe lain kali bleh wat post psl isu ni. ko gano?

Kes ni bermula lepas hamba meletakkan gambar kat dalam post NI.... Bukan ape la kan, nak wish Hery Raya Eidulfitri kat kengkawan di universiti... So, aku buatlah post tu.. But, aku terlupa one thing in mylife.. KENAPA AKU LETAK GAMBAR PEREMPUAN DALAM POST TU? so, sekarang aku akan rungkai kenapa dilarang keras meletakkan gambar perempuan dalam blog atau Pagebook (fb)...


Soalan yang telah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus : 

Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambar di Facebook / Twitter dan sebagainya.

Jawapan : 

  • Sama ada buku, internet, suratkhabar, sama sahaja keadaannya. Gambar yang dilihat di dalam gambar dan di luar (dunia realiti) adalah sama, iaitu menutup aurat. Apa yang harus dilihat di luar sama seperti yang dilihat di dalam gambar.
  • Cuma gambar JANGAN besar. Muka kalau boleh besarnya satu inci sahaja.
  • Jangan bertabarruj.

    Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah: 



    "dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

    Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

    Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

    Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

  • Bukan bertujuan orang lelaki tengok yang akan menyebabkan jatuh cinta.
  • Yang dibenarkan syariat sahaja.
  • Kenapa tak boleh gambar yang besar, walaupun tutup aurat?
 > Orang khianat. Kerana ada seorang perempuan ni gambar mukanya besar, telah di ambil gambarnya dan telah di super impose *kalau tak salahlah*  @ "EDIT" dengan menjadikan gambarnya gambar "naked" dan telah menganiayainya.

 lebih elok letak gambar kanak-kanak...
tak ada nyer orang nak caci atau stalk kan...

Daripada pandangan ustaz azhar diatas, bukan tidak boleh meletakkan gambar anda pada blog mahupun pagebook.. Tapi, haruslah di hadkan.. Macam aku letak dulu, ada gambar budak kelas yang pergi event sekali mandi manda.. Tu mungkin akan menjatuhkan maruah mereka.. So, hopefully korang faham... Untuk lebih penerangan, sila rujuk sumber kat bawah... TIDAK DISARANKAN BUKAN TIDAK BOLEH... But, lebih baik menjaga daripada membuat sesuatu yang mengaibkan dirikan... harap-harap korang faham...

 pandangan manusia pada kaum hawa...

Ini adalah pandangan manusia apabila berdepan dengan kaum hawa... Banyak je alasan yang tak pakai tudung kenapa diorang tidak pakai tudung.. But, itu cuma alasan... Nanti aku update pasal benda ni pulak... So, harap korang dah faham la... Sorry for update lewat... Internet slow kat rumah... hehe~~



SUMBER SINI, SINI DAN SINI...  

Friday 26 August 2011

FALSAMPAH FILEM: RAYA BERSAMA JOHAN RAJA LAWAK...

Assalamualaikum wbt...

Memang tak la... Tu ucapan pertama akan keluar kalau korang tanya aku yang aku akan beraya dengan si johan apek cina tu... Sorry, to say la bro, gua peminat setia abang long fadhil... abang long dil yang tak lama lagi nak jadi ayahanda...(sorry, kalau penggunaan ni salah ye)... But, hari ni nak bercerita filem yang akan ditanyangkan tak lama lagi... Kalau zizan, dengan hantu boncengnya... JOHAN bukan main lagi powernya...



Dua cerita dalam satu masa... Raya Tak Jadi dengan memang tak arr... Eh, silap... Dengan LIBAS... dah dekat dengan raya makin banyak cerita melayu nak keluar... Sebab semua pengarah tahu kantung korang akan penuh... memang terbaik... Timing yang betul untuk habiskan duit.... Orang ada Otak fikir, kalau tak de senyap.. FAHAM?

 CERITA SI JOHAN BERLAKON...


So, korang layan la preview citer si JOHAN yang memang tak arr ni...

LIBAS...


RAYA TAK JADI...


So, korang fikir-fikiran lah semua ini... sebab ni bukan filem wajib tonton... Yang wajib sembahyang dengan puasa, yang ni xwajib pon... Memang tak arrr............. AND, aku balik malam ni... Kepada yang drive kereta tu... Hati-hatilah di jalan raya... Berhati-hati itu amalam mulia.... Sebabnye, korang fikir sendiri la... Korang pakai OTAK....

Drive leklok ye...

Wednesday 24 August 2011

FALSAMPAH VIDEO: Dan bila Zizan menjahanamkan lagu raya...

Assalamualaikum wbt...

Hari still dengan zizan razak aka Zizan raja lawak... Korang mesti tertanya-tanya pertanyaan aku kan pasal ape beza korang dengan zizan termasuk aku.. Sebenarnya, beza zizan dengan korang...

"korang kenal mamat zizan berhidung panjang, tapi dia mana kenal korang"

So, korang dah dapat jawapankan... Hari ni bukan nak tunjuk zizan ni beraksi macam semalam kat dalam cerita "bonceng pontianak" tapi, hari ni pasal lagu raya pulak... So, korang kenalkan zizan ni suka menghancurkan semua benda tapi, kali ni memang teruk.... nak tahu seteruk mana.. Jom kita dengar kat video ni...

ni yang aku maksudkan..

So, test2 jugak... Final2 jugak... Hari raya dengan merdeka jangan lupa... Gud lurk pada sapa2 ada test... So ,dengar lah lagu raya zizan ni...

FALSAMPAH VIDEO: Semua IKLAN RAYA 2011

Assalamualaikum wbt...

Hari ni special aku bawakan iklan raya untuk tahun 2011.. Yang tahun-tahun lepas pun ada tapi versi lain la.. Versi luar negara.. Sebagai rakyat Malaya, aku bangga sebab ada PETRONAS bukan PETROLEUM ye.. Tahun ni memang susah la sikit sebab kena belajar 2 sem berturut-turut... Penat Otak nak catch Up semua benda termasuk yang sekarang ni... Aku tengah study ni... Tapi, mood raya lebih daripada study... So, nanti petang masuk test aku tulis semua jenis juadah ada dalam Malaysia ni...



Apasal ko skema sangat ni Setan...(eh, setan ada ke puasa ni....).. So, korang raya tahun ni kat mana? Mesti kat universitikan... Kalau tak, kenapa muka-muka korang masuk salam perantauan tahun sebelum ni... Ke korang memang kat obersea tapi, mata penulis berita hampeh tu yang buta... Aku tak baca surat khabar tu skunk... But, tahun ni hari raya sudah tidak ada salam perantauan kat Surat Khebar Benda Buruk tu... So, xde kes dah la...



Hari ni aku nak bawak korang masuk dunia ketiga... Iaitu, dunia tanpa sempadan... Betul tak ni? lantak g la... So, dengan adanya internet.. So, aku usha-usha la iklan hari raya tahun ni.. dan aku nak tayang kat blog... Ada korang kesah... Semua ni teknologi... Kalau korang tak pandai teknologi, orang kata buta IT.. Kalau tak pandai matematik, Orang panggil buta angka... Kalau orang kata tak pandai ilmu agama, orang panggl buta hati... So, korang takleh jadi buta kalau nak hidup... Orang mati pun tak buta...

Ni iklan PETRONAS kat Obersea taun berapa... Aku pun tak tahu...



Selesai yang tu layan, PETRONAS punya tahun ni...



Ni, TM punya tahun 2011...


Dan, last daripada Perodua... Tapi, yang ni aku rasa yang puasa punya tapi aku upload la jugak...


and special punya video... Entah ada atau tak kat tv sebab aku belum balik rumah... So, layan je la...


harap-harap ko rang layan la... Sebab aku dah layan... Skunk masa untuk study.... Gud lurk semua...

gambar ambik SINI dan SINI...

FALSAMPAH FILEM: PREVIEW FILEM TERBARU ZIZAN..

Assalamualaikum wbt...

Tadi kita dah tengok pasal teman-teman si aku ni.. Memang gila bab la kalau korang tengok... Semua nak cute je sebab diorang ni memang di lahirkan dalam keadaan cute... So, korang boleh la propose sape-sape korang nak... Mudah je cara dia.. Ambik borang.. Isi no berapa korang nak.. So, nanti aku tanya... Apa kau merepek ni daus? Esok kau ada test tapi, tak nak pulak kau study... Mata ku yang sepet sila la bukak ye...

 hensem x? aku lagi hensem la...

So, korang mesti kenal zizan kan dalam hidup korang... Apa bezanya zizan dengan korang ek? Tolong tanya diri sikit ye semua... Kalau korang ingat korang hot sangat, si zizan ni cool je... Buat lawak seposen pun orang gelak... macam si Blogger kelakar dengan ayat... Kalau korang xpercaya, baca SINI... Tapi, itu bukan beza korang dengan si zizan ni... Beza korang dengan dia ni adalah... tunggu la lain kali aku cakap... Skunk aku nak cerita pasal review filem terbaru si mamat hidung panjang ni... Macam mamat penjual kapet dah aku tengok si zizan ni...

 filem yang tak wajib tonton...

Filem ni akan keluar pada 31/08/2011... So, kena hari raya + hari kemerdekaan... Tapi, aku balik kelantan.. So, tak leh nak layan... Lagipun, dah dekat final... Buat apa layan semua ini... ini sinapsis... cerita ni... Mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.


tersalah satu part dalam cerita ni...

Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.


So, tunggu je la FILEM ni keluar... T korang bagi tahu aku sedap or tak... boleh aku layan nanti... ni layan dulu trailer and scene...






sumber SINI

FALSAMPAH SPECIAL : UNTUK KAWAN-KAWAN...

Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku ada janji nak upload photoshop kat blog NI... tapi, sebab nak masuk gambar kengkawan aku tak dapat, so, aku post kat sini je la.. Maybe sebab blog tu guna OLD VERSION... so, nak update benda ni pun tak boleh... Nothing to do with that... POST ni khas untuk semua coursemate yang datang daripada 2 benua, iaitu Asia, dan Afrika... Sebab kehangatan Raya dah dekat dan sebab dah janji kat blog tu nak post pasal raya.. So, kena tepati janji... Ko ni puasa tak habis lagi, raya dah nak sambut...
At first, aku nak mintak maaf la kat semua para sahabat handai yang follow bebelog aku ni... Aku bukan kreatif sangat nak tulis bebelog ni tapi, aku try.. Satu benda yang korang kena tahu.. Aku payah nak sebut maaf kalau dengan orang aku sayang... Cuma tulisan je tempat dapat aku tulis... Touching la tu... Aku memang banyak salah but, korang sama je... Btw, sebelum raya tahun ni aku nak mintak maaf.. Selalu takkan sebab belum sapai seru... hahaha~~

 Korang memang best la... yang beragama islam... SELAMAT HARI RAYA....

Disebabkan aku dah mintak maaf dengan korang, korang kena la bagi duit raya kat aku... Aku ni budak lagi.. Lagipun, raya tahun ni aku belum lagi 20-an.. So, sebagai remaja korang kenalah bagi aku duit raya... Macam la korang dah besar sangatkan (kecuali eryn.. sorry...).. But, hopefully, tahun ni kita sama-sama sambut hari raya dengan penuh gembira... Lagipun, en. Md Akhir buat hari perpisahankan... So, masa tu korang boleh la bagi duit raya kat budak-budak macam aku ni...

 hanya ini boleh dilakukan.. Sorry semua...

Mesti korang tertanya-tanya kenapa blog ni ada 59 belakang dia.. So, korang pandai-pandai la cari tahu kenapa... Hopefully, yang kengkawan daripada AFRIKA tu.. gembiralah beraya di Malaysia sebab korang tak boleh balik Afrika... Semoga senyum sokmo... korang faham ke? hahaha~~ 

 Kepada yang bukan islam, korang boleh sambut hari raya jugak... but, in your way la... hahaha~~

So, inilah nukilan kreatif aku dalam kesempitan nak study untuk test esok... and GUD LUCK TEST ESOK AND LUSA... Moga boleh jawab la... hehehe~~SELAMAT HARI RAYA SEMUA... HEHE...

 huhu~~ selamat hari raya...

Kepada senior, especially Kak Eryn... tak der gambar korang nak upload... Sorry banyak2... hahaha~~

credit gambar tooooo superazrul... Sorry ek semua pasal kejadian tidak diingini... Lepas ni BLOG ni xkan menyiarkan pasal gambar perempuan... okeyh... hehehe~~ sorry...

FALSAMPAH KASIH : INIKAH YANG KITA MAHU...

Assalamualaikum wbt...

Mungkin anda semua sudah tahu bahawa LIBYA sudah jatuh kepada pihak pemberontak.. Dengan jatuhnya MIRAMAR GADDAFI maka, runtuhlah institusi kerajaan LIBYA di bawah pemerintahaan rejim GADDAFI.. Korang tahu atau tak kenapa semua orang nak sangat GADAFFI ni jatuh daripada pemerintahannya.. So, kita review sedikit tentang Kes ini..

Gadhafi melaporkan bahwa dirinya telah dianugerahi gelar "Raja segala raja Afrika." Ia juga memutuskan bahawa ia harus dikenal sebagai "Panduan Pertama Revolusi besar September Rakyat Libya Arab Sosialis Jamahiriya" atau "Brotherly Leader and Guide of the Revolution." Meskipun ia sudah dianggap sebagai pemerintah international untuk sebahagian besar kekuasaannya setelah dituduh dalam berbagai terorisme, Gadhafi meninggalkan program senjata yang dilarang pada tahun 2003 untuk mengembalikan Libya ke dalam politik kesatuan antarabangsa. Pada bulan September 2004, Presiden AS George W. Bush secara rasmi mengakhiri perdagangan AS....



Gadhafi dalam beberapa tahun terakhir, terus mengungkapkan keinginannya untuk mendirikan "Amerika Serikat Afrika.". Pada tahun 1972, Gadhafi mencuba untuk menggabungkan Libya dengan Mesir dan dua tahun kemudian, ia membuat usaha lain, untuk menggabungkan Libya dengan Tunisia. Dianggap sebagai sekutu AS, Gaddafi berbicara dengan cepat dan kuat terhadap setelah serangan 11 September di World Trade Center dan Pentagon, dan mendesak Libya untuk menyumbangkan darah bagi para korban. Bulan lalu Gaddafi katanya ia takut perubahan kekuasaan di Tunisia sedang dieksploitasi oleh kuasa asing. Dia juga membantah bahawa ia telah mengundang menggulingkan Presiden Zine al-Abidine dan Ben Ali ke Libya. Dalam pidato segera setelah keberangkatan Ben Ali, Gaddafi mengatakan dia "sedih" dengan peristiwa kekerasan di Tunisia, bahawa orang di sana sudah terlalu terburu-buru dalam mendorong Ben Ali mundur dan darah tertumpah dengan sia-sia di sana ... dan, hari ini LIBYA sudah jatuh ketangan pemberontak..
 
So, inilah suasana yang berlaku di LIBYA pada masa sekarang..
 
 
 
HARAP-HARAP KORANG AMBIL PENGARAJAN.... JANGAN BERLAKU KAT NEGARA KITA SUDAH LA KAN...

more info di SINI


Tuesday 23 August 2011

FALSAMPAH INFO : BEZA BLOGGER DENGAN MANUSIA BIASA..

Assalamualaikum wbt..

Dalam hidup ini manusia mesti setiap kerjaya mesti ada perbezaan antara satu dengan yang lain... Blogger ni pun ada perbezaan juga dengan manusia biasa sebab kalau di jadikan profesion dalam hidup akan mesti menguntungkan... Sebab setahu aku la, ramai blogger dapat duit kalau buat benda-benda baru dan banyak view.. Kalau blog aku ni, memang tak de ape la akan.. follower tak banyak... So, korang nak tahu tak beza blogger ni ape..

1. Waktu Tidur...

Blogger ni waktu tidur adalah waktu untuk mencari idea.. Kalau korang tak percaya, korang cuba tanya mana-mana blogger informasi dan kreatif punya blog.. Adakah diorang banyak tidur? Full-time blogger akan susah tidur sebab lubuk dia kat blog la.. Kalau tak ramai tengok blog dia, mesti dia punya kantung pun nipis la..


2. Komputer akan sentiasa disisi..



Kalau nak diikutkan, programmer lagi sibuk dengan komputer but, blogger boleh mengalahkan mereka sebab diorang ni waktu tidur pun dengan komputer.. Orang kata la, bini nombor dua la komputer tu... Memang hari-hari kena update benda.. So, kalau ada benda berlaku atau ada idea mesti terus tulis... Kalau tak tulis, mesti hilang idea..


3. Otak sentiasa bergerak..

Nak diikutkan, ada jugak blogger yang update pasal mimpi diakan.. Ini menunjukkan dia tak habis-habis berfikir.. Ma aku dulu ada cakap, kalau tidur tu still banyak fikir, mesti akan ada mimpi buruk akan berlaku... Tapi, blogger ni semua ada.. Time tidur ke, time makan ke, time b!@#k pun still fikir jugak.. Nak buat macam mana.. Tak update mesti orang kecewa... So, kena la cari idea...


4. Penakut..

Ikutkan blogger kebanyakkannya penakut kalau didepan orang ramai... Diorang suka menulis tapi, tak suka bersuara.. It is mean ramai blogger yang tahu tulis tapi tak tahu cakap... Just joking la.. Diorang ni payah berinteraksi dengan orang time interview... Diorang ada banyak idea, but, tak tahu nak cakap macam mana..


5. Berkongsi rasa..

Itulah blogger... Kalau tak percaya, korang try search blog-blog perempuan... Almost of them, mesti cerita pasal perasaan.. Tak kisah la pasal awek, pasal balak atau pasal family... Mesti ada je diorang nak update.. Bukan ape, diorang akan rasa macam cacing kepanasan kalau tak kongsi tapi, most of readers akan menyampah... So, kurang-kurangkan lah...


Tu je kot... Yang aku tahu la... Kalau korang ada idea, bagi tahulah si kecik ni... Kalau korang tak ade benda-benda ni semua, mesti korang bukan blogger sejati...

yang benar,

firdaus

Monday 22 August 2011

FALSAMPAH KASIH: ADAKAH ANDA AKAN LAKUKANNYA?

Assalamualaikum wbt....

Ribut Petir telah melanda di Suzhou, China dan kelihatan semua orang telah mencari tempat teduh tetapi seorang pengemis OKU tidak sempat nak bergerak ke kawasan tersebut. Jadi pengemis tersebut terpaksa berada di tengah-tengah jalan raya dibasahi oleh hujan yang lebat. Teiba-tiba seorang gadis yang kasihan melihat pengemis tersebut meluru keluar dengan payung terus menolong pengemis tersebut. Gadis tersebut tanpa menrisaukan dirinya akan dibasahi oleh Ribut Petir yang kencang telah menyentuh hati seramai 24,000 orang di negara tersebut. Gambarnya tengah menolong pengemis tersebut ditangkap oleh seorang jurugambar yang unknown. Kini gambarnya telah tersebar dari forum ke laman sosial yang lain di China. Gadis tersebut dikatakan menangis selepas berjaya membawa pengemis tersebut sampai ke tempat teduh kerana kasihan melihat keadaan pengemis tersebut. Pelbagai admin dari laman sosial China telah menyuruh orang ramai untuk menelefon mereka sekiranya mereka tahu siapa gadis yang baik ini. Katakan anda berada di situ adalah anda akan buat perkara yang sama? Sanggup ke anda lari semula ke dalam ribut untuk selamatkan orang? Cuba fikir berapa ramai orang yang begitu baik hati sekarang? Semua pentingkan diri sendiri.






 HARAP BOLEH AMBIK PENGAJARAN....

REFERENCE SINI
 

Design By:
SkinCorner