Friday, 12 August 2011

FALSAMPAH KISAH: MOBY-DICK.. ADA SAPA-SAPA TAHU APE ITU?

Assalamualaikum wbt...

Hari ini adalah hari nasib baik aku sedunia... Mak aih, ingat nak tidur kejap je sebelum pergi solat jumaat tapi, apa yang jadi sebaliknya... Nasib baik orang hantar message tepat pada masanya... Message yang tak pernah ku terfikir but, thank ya sebab anda menyelamatkan saya daripada tertinggal jumaat... Tapi, message tu tak de kaitan dengan si kecik ye... Dia tu mana pandai hantar message.. Yang dia tahu main game dan klik-klik gambar je... Pastu, cakap-cakap sorang.. Tapi, dia suka layan aku cakap... Tu yang seronok....

ni game yang kecik suka main tu...
 
Dah... Tu tak der kaitan langsung dengan tajuk wei... Hari ni nak cerita pasal Kisah Kapal dan Moby-Deck.. Ada sapa-sapa tahu pasal Moby-Deck ni x? mesti tak de kan... Mmemang menyesal aku tanya korang... Aku ingat aku ni dah noob tapi korang lagi noob sebab aku dengan korang sama je... Sama-sama tak tahu... =_= So, aku cerita la sikit lepas aku search ni...

 benda ape moby-dick ni...

Moby-Deck ni seekor paus kalau korang nak tahu.. Dia ni sejenis paus yang dikategori paus (sperma)... Korang jangan fikir pasal sperma lain pulak.. Puasa ni... Kisah dia bermula lepas ada sorang mamat ni yang dipanggil George Pollard Jr.... Nak di jadikan ceritakan...Pada tahun 1820, kapal penangkap paus bernama ‘Essex’ dipimpin kapten Pollack beserta 21 awak kapal bertolak dari Nantucket..... Di samudera Pasifik, kapal ini diserang oleh ikan paus raksasa (panjang 26 meter) dengan dilanggar sebanyak dua kali..... Kapal ‘Essex’ ini akhirnya terbalik dan karam...... Kapten Pollack bersama anak buahnya berhasil menyelamatkan diri dengan tiga buah kapal kecil dan membawa persediaan makan dan minum yang diperkirakan cukup untuk 60 hari.

 
 ni macam dia punya kronologi la...

 Nak di pendekkan cerita, lepas karam tu diorang ni tersadai lama kat lautan tu sampai suatu ketika makanan dah nak habis... Untuk menyelamatkan diri sendiri, si kapten ni mahukan manngsa korban untuk menyelamatkan yang lain... Maka, dia suruh sepupu dia owen coffin mengorbankan diri.. Budak ni baru nak masuk 18 tahun dah nak jadi korban.. Mesti si mamat kapten ni percaya bahawa bunuh orang lain dapat menyelamatkan dirinya... =.=".. Tapi diorang memang selamat la masa tu...

 
Ni paus sperma yang dimaksudkan...

Tiga tahun lepas tu, diorang nak belayar balik dan dengan megahnya si mamat kapten ni menawarkan diri menjadi kapten lagi... Tak serik ke dia ni... Pada bulan Februari 1823, dia kembali menakhkodai kapal bernama ‘Two Brothers’..... Waktu ditanya oleh salah seorang awak kapal mengapa dia tidak takut berlayar kembali, kapten Pollack menjawab : the lightning never struck in the same place twice ( petir tidak mungkin menyambar di tempat yang sama dua kali)..... Tapi ucapan kapten Pollack ini ternyata menjadi tulah untuk dirinya. Kapal ‘Two Brothers’ ini juga karam dan tenggelam di Shoal (perairan 600 mil dari Honolulu), karena melanggar karang dan sekali lagi dia masih dapat diselamatkan oleh kapal pendua..... Setelah kejadian sial yang berlaku dua kali ini, Pollack akhirnya ‘gantung kemudi kapal’ dan menjadi penjaga ronda malam sampai akhir hayatnya.... Oleh itu rakan-rakannya memanggilnya sebagai a star-crossed mariner (pelaut yang bernasib buruk....) so, baru-baru ni barang-barang dalam kapal si malang ni telah dijumpai di PAPAHANAUMOKUAKEA MARINE NATIONAL MONUMENT... apasal la payah sangat nak eja nama dia ni... haih... =.=".. 

 


 P/S: korang jangan nak cakap besar ye.... nanti jadi macam kapten xsedar diri... dan kalau nak tahu lanjut boleh beli novel... MOBY-DICK BY HERMAN MELVILLE....

4 comments:

  1. wooohoo..
    nice info..
    yg ak tau moby dick ni kapal lanun whitebeard dalam citer one piece..
    hehhehe..
    bntk pon ikan paus..

    ReplyDelete
  2. huhuhu~~
    ko minat one piece gak ek?
    ye la... aku xperasan la pulak...

    ReplyDelete
  3. novel tu bi senang ke bi susah?haha.

    ReplyDelete
  4. aku xtau la kb...
    aku pun baru nak start discovery ni...
    wat teman 4 bulan kat umah...

    ReplyDelete

 

Design By:
SkinCorner