Tuesday 9 August 2011

ISTIMEWA RAMADHAN 1

Assalamualaikum wbt...

Bila datangnya bulan ramadhan mesti akan bermulanya pesta ibadah bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.. Ka-pergh... Semua berebut-rebut untuk melakukan ibadah.. Cakap sahaja ibadah ape yang terlintas difikiran... Terawih, Tadarus Al-Quran, Berzikir, Mathurat, dan banyak lagi menjadi kegilaan sekalian umat islam.. Kalau diikutkan, pahala pada bulan ini ditingkatkan sehingga 70 darjat atau 70x ganda daripada sebelumnya...


Kalau bagi penganut agama lain mesti tertarik dengan juadah di bazar ramadhan yang sentiasa menarik perhatian bagi setiap manusia pada bulan ini... Pelbagai jenis makanan boleh didapati bazar ramadhan ni... Kalau diikutkan nafsu, semua jenis makanan nak dibelinya... Bermula daripada kuih muih yang menyantap selera...kalau nak tengok senarai ada DISINI.Itu kuih aje... Bukan nak dibandingkan dengan makanannya lagi... Nasi Kerabu, Ayam Golek, dengan penangan Air Tebu... Gua cakap lu, xbagi chan...


Berbalik kepada TERAWIH ye kawan-kawan... Ibadah ni bukannya wajib tapi digalakkan.. Namun, kalau dah terlalu melebih tu tak payah la buat... Apa yang dimaksudkan dengan terlebih... Meh sini nak tulis sikit...



Kalau dah ibadah wajib pun ditinggalkan, macam mana nak dijawab dihadapan Allah SWT nanti tentang amalan kita di bulan mulia... Jika ditanyakan kepada seribu manusia yang mengaku beragama Islam di dunia ini, mesti diorang akan cakap macam ni.. Saya nak cari malam Lailatul Qadar but, kalau sembahyang yang wajib pun tertinggal inikan pula mengejar Lailatul Qadar..



Bak kata pepatah melayu "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran", Bukan ape, memang kita digalakkan berterawih di masjid dan juga mengimarahkan masjid but, jangan sampai ibadah wajib tercicir sahaja.. Sebab yang itu akan ditanya dahulu sebelum ibadah sunat lain... So, fikir-fikirkan lah tentang semua ini...

Tapi, jangan bagi alasan tidak mahu solat terawih sebab Rasulullah saw tidak melakukan di masjid... Ambik yang positif dan jangan pandang yang negatif sahaja.. So, sama-samalah kita beribadat...

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner