Showing posts with label SPECIAL. Show all posts
Showing posts with label SPECIAL. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011

Assalamualaikum wbt...

Nak try join jugak...
mana la tahu boleh review blog...
hehehe~~ 
cuba KLIK sini...

Wednesday, 24 August 2011

FALSAMPAH SPECIAL : UNTUK KAWAN-KAWAN...

Assalamualaikum wbt...

Hari tu aku ada janji nak upload photoshop kat blog NI... tapi, sebab nak masuk gambar kengkawan aku tak dapat, so, aku post kat sini je la.. Maybe sebab blog tu guna OLD VERSION... so, nak update benda ni pun tak boleh... Nothing to do with that... POST ni khas untuk semua coursemate yang datang daripada 2 benua, iaitu Asia, dan Afrika... Sebab kehangatan Raya dah dekat dan sebab dah janji kat blog tu nak post pasal raya.. So, kena tepati janji... Ko ni puasa tak habis lagi, raya dah nak sambut...
At first, aku nak mintak maaf la kat semua para sahabat handai yang follow bebelog aku ni... Aku bukan kreatif sangat nak tulis bebelog ni tapi, aku try.. Satu benda yang korang kena tahu.. Aku payah nak sebut maaf kalau dengan orang aku sayang... Cuma tulisan je tempat dapat aku tulis... Touching la tu... Aku memang banyak salah but, korang sama je... Btw, sebelum raya tahun ni aku nak mintak maaf.. Selalu takkan sebab belum sapai seru... hahaha~~

 Korang memang best la... yang beragama islam... SELAMAT HARI RAYA....

Disebabkan aku dah mintak maaf dengan korang, korang kena la bagi duit raya kat aku... Aku ni budak lagi.. Lagipun, raya tahun ni aku belum lagi 20-an.. So, sebagai remaja korang kenalah bagi aku duit raya... Macam la korang dah besar sangatkan (kecuali eryn.. sorry...).. But, hopefully, tahun ni kita sama-sama sambut hari raya dengan penuh gembira... Lagipun, en. Md Akhir buat hari perpisahankan... So, masa tu korang boleh la bagi duit raya kat budak-budak macam aku ni...

 hanya ini boleh dilakukan.. Sorry semua...

Mesti korang tertanya-tanya kenapa blog ni ada 59 belakang dia.. So, korang pandai-pandai la cari tahu kenapa... Hopefully, yang kengkawan daripada AFRIKA tu.. gembiralah beraya di Malaysia sebab korang tak boleh balik Afrika... Semoga senyum sokmo... korang faham ke? hahaha~~ 

 Kepada yang bukan islam, korang boleh sambut hari raya jugak... but, in your way la... hahaha~~

So, inilah nukilan kreatif aku dalam kesempitan nak study untuk test esok... and GUD LUCK TEST ESOK AND LUSA... Moga boleh jawab la... hehehe~~SELAMAT HARI RAYA SEMUA... HEHE...

 huhu~~ selamat hari raya...

Kepada senior, especially Kak Eryn... tak der gambar korang nak upload... Sorry banyak2... hahaha~~

credit gambar tooooo superazrul... Sorry ek semua pasal kejadian tidak diingini... Lepas ni BLOG ni xkan menyiarkan pasal gambar perempuan... okeyh... hehehe~~ sorry...

Sunday, 31 July 2011

FALSAMPAH SPECIAL: Kedatangan Ramadan Al Mubarak...

Assalamualaikum wbt...

Hari ini bermulalah satu permulaan bulan mulia bagi seluruh umat Islam di Malaysia.. Dinegara lain maybe akan bermula esok ataupun sudah bermula semalam.. Kecik tidak ketinggalan mengerjakan solat sunat tarawih pada hari ini.. Mungkin ini adalah bulan puasa yang pelik bagi kecik sebab 2-3 hari lepas, kecik tak ada mood langsung nak masuk bulan puasa ni.. Entah kenapa sebab sejak kecik lagi si 'kecik' ni suka sangat kalau puasa..

 budak pun solat terawih.. anda bila lagi?

Dengan moorey nya, mercun masa orang solat terawihnya, dan pada siangnya bermain meriam buluh.. Orang zaman sekarang mana tahu main meriam buluh sebab asyik-asyik guna bazuka je dalam perang cyber kat kan.. But, dulu suasana kampung sangat meriah.. Malam-malam mesti ada yang kena marah dengan jemaah sebab pasang mercun di tepi masjid.. Nampak sangat nak bagi orang terkejut..

ni la meriam buloh kalau korang nak kenal la...
Kalau nak cerita pasal puasa, memang terbaiklah.. Dengan juadah yang sangat-sangat sedap kat negeri cik siti wan kembang.. Cakap je jenis lauk pauk, nasik dan kuih-muih.. Semua ada.. Lompat Tikam, Kuih taik itik, dan etc. menjadi juadah berbuka.. Kalau duduk kat perak ni, susah sikit nak jumpa.. but, maybe ada benda special jugak kat negeri seladang ni..


cuba teka kuih ape... mesti tak kenalkan...

Kata-kata selamat berpuasa dan ahlan wasahlan ya ramadahan menjadi pembuka hari di bulan mulia.. Bukan ape sebab semua orang beragama islam menanti kehadiran bulan ni.. Katalah daripada PM(eh dia tunggu ke? hahaha) sampai ke rakyat jelata.. Semua nak berpuasa dibulan ramadhan yang menjanjikan seribu satu pahala dan ibadah di dalamnya..

ni ganjaran di bulan mulia...
Tapi, mesti ada kata-kata yang bermakna untuk korang dengar daripada kecik kan.. Sebenarnya kata-kata ni datang daripada ibu bapa dan sahabat-sahabat kecik yang sentiasa ada di sisi.. hehe..

"Di bulan ramadhan ni ada special dia, solat sunat terawih orang panggil tapi, kalau solat wajib macam solat subuh tinggal, macam mana Allah SWT nak terima solat sunat ni.. solat tu yang sunat je orang berpusu-pusu tapi yang wajib.. hurm" - my mum..

"Bulan puasa ni kalau nak berbuka, kena berpada-pada nanti bukan penjimatan yang korang buat tapi pembaziran.. kan rugi tu" - someone..

"Kalau bulan puasa ni, orang duk berebut nak wat ibadah tapi, hang duk terbongkang tido kat sini buat apa.. Bukan bagi manfaat cikit pon" - my beloved friend..

"Orang yang akan beraya mesti penuh puasanya, kalau tak penuh puasa macam mana nak raya" - my beloved auntie..

Kalau dulu trend kat sekolah lama, kami berlumba sapa yang habis dulu baca Al-Quran.. Yang semestinya kecik adalah pengkalahnya.. Kalah la maksudnya dan tak pernah menang sebab selalunya dah nak habis tu mulalah malas nak baca.. hadoi.. But, kat cini semua fikir sendiri.. Berdikari sendiri but, still rindu yang dahulu lagi..

salah satu ibadah sunat adalah membaca Al-Quran..
At last, kecik ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan dan juga Selamat Berpuasa kepada semua reader's kecik.. Harap-harap tahun ini Ramadhan terbaik yang pernah kecik ada.. Hopefully la kan.. hehe~~

daripada kecik untuk semua...
P/s : jangan duk asyik bukak lagu raya je.. hari ni first day puasa..
 

Design By:
SkinCorner