Saturday, 27 August 2011

FALSAMPAH AGAMA: KHAS UNTUK KAUM HAWA..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni dapat jumpa si kecik... what the release it? dah dekat 2 minggu tak jumpa sepupu ku yang cute lagi pemalas ni... Memang perangai still tak berubah iaitu, suka cakap sorang-sorang... Memang type jenis macam tu... Gila handset but, comel.. Boleh tak nak upload gambar terbaru dia ni... hehe~~ nanti lah sebab sekarang ni dia tengah tidur... Ingat kat rumah ni aku malas nak update bebelog tapi, bila baca shoutbox tu.. Terharu pulak soalan daripada seseorang... So, i will try to be honest.. Aku ni bukan pandai agama... Terang-terang ni mengaku but, ilmu tu ada-ada la sedikit.. hehe~~

 pelik: nape xley letak gambar perempuan plak?
guest: rasanya tuan blog pun tau kenape.. maybe lain kali bleh wat post psl isu ni. ko gano?

Kes ni bermula lepas hamba meletakkan gambar kat dalam post NI.... Bukan ape la kan, nak wish Hery Raya Eidulfitri kat kengkawan di universiti... So, aku buatlah post tu.. But, aku terlupa one thing in mylife.. KENAPA AKU LETAK GAMBAR PEREMPUAN DALAM POST TU? so, sekarang aku akan rungkai kenapa dilarang keras meletakkan gambar perempuan dalam blog atau Pagebook (fb)...


Soalan yang telah ditanya kepada Ustaz Azhar Idrus : 

Apa hukum seorang wanita yang menutup aurat memasukkan gambar di Facebook / Twitter dan sebagainya.

Jawapan : 

  • Sama ada buku, internet, suratkhabar, sama sahaja keadaannya. Gambar yang dilihat di dalam gambar dan di luar (dunia realiti) adalah sama, iaitu menutup aurat. Apa yang harus dilihat di luar sama seperti yang dilihat di dalam gambar.
  • Cuma gambar JANGAN besar. Muka kalau boleh besarnya satu inci sahaja.
  • Jangan bertabarruj.

    Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah: 



    "dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

    Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

    Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

    Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

  • Bukan bertujuan orang lelaki tengok yang akan menyebabkan jatuh cinta.
  • Yang dibenarkan syariat sahaja.
  • Kenapa tak boleh gambar yang besar, walaupun tutup aurat?
 > Orang khianat. Kerana ada seorang perempuan ni gambar mukanya besar, telah di ambil gambarnya dan telah di super impose *kalau tak salahlah*  @ "EDIT" dengan menjadikan gambarnya gambar "naked" dan telah menganiayainya.

 lebih elok letak gambar kanak-kanak...
tak ada nyer orang nak caci atau stalk kan...

Daripada pandangan ustaz azhar diatas, bukan tidak boleh meletakkan gambar anda pada blog mahupun pagebook.. Tapi, haruslah di hadkan.. Macam aku letak dulu, ada gambar budak kelas yang pergi event sekali mandi manda.. Tu mungkin akan menjatuhkan maruah mereka.. So, hopefully korang faham... Untuk lebih penerangan, sila rujuk sumber kat bawah... TIDAK DISARANKAN BUKAN TIDAK BOLEH... But, lebih baik menjaga daripada membuat sesuatu yang mengaibkan dirikan... harap-harap korang faham...

 pandangan manusia pada kaum hawa...

Ini adalah pandangan manusia apabila berdepan dengan kaum hawa... Banyak je alasan yang tak pakai tudung kenapa diorang tidak pakai tudung.. But, itu cuma alasan... Nanti aku update pasal benda ni pulak... So, harap korang dah faham la... Sorry for update lewat... Internet slow kat rumah... hehe~~



SUMBER SINI, SINI DAN SINI...  

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner