Friday, 19 August 2011

polis trafik..kwn baiknya & sehelai surat saman

Assalamualaikum...

kisah ini sesuai cerita masa sekarang untuk balik kampung time raya ni...


Suatu Hari.........
Dari  kejauhan,  lampu  lalulintas  di  satu persimpangan itu masih
menyala hijau.  Harun  segera  menekan  pedal  minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat.  Apalagi  ia  tahu penempatan disini  cukup padat
sehingga lampu  merah  biasanya  menyala  cukup  lama.
Kebetulan jalan didepannya agak lengang.  Lampu  berganti  kuning.  HatiHarun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga  meter  sebelum  garis  jalan,  lampu  merah  menyala.
Harun bimbang, haruskah  ia  berhenti  atau  terus saja.

"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti.  Harun  menepikan  kenderaannya
agak jauh sambil mengumpat dalam  hati.  Dari  cermin pandang sisi ia
melihat pegawai polis itu. Wajahnya  tak  terlalu  asing  baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah  menengah dulu. 
Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak  cepat  nih.  Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye  la  Mal,  hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan  semuanya.  Tentu  aku  tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham.  Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi,  kau  nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah.  Sewaktu  aku  jalan  lampu kuning  masih menyala."
Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarka lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan  dan  menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di  buku  catatannya.  Beberapa saat  kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta Harun. Harun  memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa  berkata-kata  Jamal  terus  kembali  ke tempat  dia  bertugas.
Harun mengambil  surat  saman  yang  diselitkan Jamal.
Tapi,  hei  apa  ini.  Ternyata  lesen memandu danic dikembalikan bersama sebuah  nota. 
Kenapa  ia  tidak menyaman  aku.
Lalu nota ini apa? Semacam gurauan  atau  apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.
 --------------------------------------
"Harun...
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu  yang  tidak  memperdulikan  lampu  merah di
persimpangan ini.
Pemandu  itu dihukum  penjara  selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu  isteri dan  memeluk  ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali  peristiwa  itu. Yang pergi tidak akan  kembali  lagi.

Beberapa  kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
 --------------------------------------

Harun  terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah  meninggalkan  pos  tempat  ia  bertugas.
Sepanjang  jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil  berharap kesalahannya dimaafkan.
 
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.
Hidup ini sangat berharga,  jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.* 

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner