Semalam aku dah update pasal yang bawah tanah... Semalam ek? lupa dah bila sebab hari ni otak biol sikit... Terlebih tido... Nak buat macam mana sebab aku ni memang suka tido... Lebih-lebih lagi time cuti... Okeyh, back to the topic... Sebab dulu aku nak naik KLCC tak jadi dengan family dan frust menunggeng sebab tak dapat naik sampai sekarang.. So, aku buat impian nak buat bangunan tinggi-tinggi... So, sekarang masa untuk aku update pasal bangunan tertinggi (to be), bila tu tak tahu la...
1. BIONIC TOWER
replika..
Bandar secara MENEGAK... Itulah konsep yang di bawa oleh bangunan ini untuk kediaman manusia di masa hadapan.. Arkitek daripada sepanyol telah diberi kepercayaan untuk merialisasikan konsep ini.. Dengan ketinggian 1228 m, dan mempunyai 300 tingkat menjadikan dia sebagai rumah kediaman tertinggi di dunia dalam pembikinan... Macam mana? TERBAEK~~ Kalau lift rosak ada alternative lain tak?... owh terlupa... Bangunan ni akan terletak kat Hong Kong....
2. RESIDENCE ANTILIA, INDIA
Bangunan kediaman PERSENDIRIAN.... Banyak nye duit mamat ni... Jutawan Mukesh Ambani India, Pengerusi Reliance Industries, syarikat sektor swasta yang terbesar di India telah merangka bangunan kediaman untuk family nya selama 1 dekad = 10 years... Denagan anggaran 27 tingkat yang boleh memuatkan 6 tingkat tempat parking kereta, 2 tingkat rumah tamu... beberapa tingkat tempat hiburan dan juga tingkat pelbagai guna seperti tempat letak pakaian... Bangunan ini sepatutnya siap 2008 but, entah siap atau belum sebab kalau dah siap mesti masuk tv... Ini adalah bangunan tertinggi di mumbai kalau dah siap la...
3. BURJ MUBARAK AL KABIR
Bangunan TERTINGGI di dunia(to be), Bangunan yang menelan keluasan 250 km2 kawasan di Surban, Kuwait.. Bangunan ini menelan belanja USD 94 billion (RM 329 BILLION), Ketinggian nya adalah 1001m yang akan mengalahkan ketinggian bangunan Burj Khalifa di Dubai yang hanya ketinggian 828 m... Ini akan menjadikan bangunan ini tertinggi di dunia... Untuk pengentahuan semua, lift Burj Kuwait ini memerlukan 3 ruang tingkat untukmeletakkan enjinnya untuk membolehkan liftnya berfungsi...Besarnya ruang dia guna...
4. REGATTA, INDONESIA..
Bangunan APARTMENTS yang serba canggih yang terdiri daripada 4 buah apartment yang menjadi mercu tanda kota Jakarta... (to be), Konsep yang digunakan adalah Rumah api yang akan sentiasa dikaitkan dengan laut. Konsep Hotel Lighthouse dan akan menjadi Icon of Jakarta. Bangunan ini seolah-olah kapal etnagh berlayar dilautan... Ka-pergh... mesti cantikkan... Setiap bangunan yang akan dibina akan mengambil konsep daripada beberapa tempat iaitu, Rio De Janeiro, Miami, Monte Carlo, Dubai, London, New York, Shanghai, Tokyo, Acapulco dan Sidney; setiap kawasan pedalaman menara akan diilhamkan oleh orang-orang bandar-bandar...
5. RUSSIA TOWER...
Bangunan PENCAKAR LANGIT dia russia ini hanya akan menjadi mimpi dalam setiap engineer... Kerana bangunannya telah di batalkan pembinaannya pada 2009 atas sebab tertentu...inilah plot pembinaanya... Pembinaan bermula pada September 2007, dan telah dirancang untuk siap pada 2012.... Jumlah kawasan struktur yang akan meliputi 520,000 m2, yang 38% (kira-kira 200,000 m2 akan ditempatkan di bawah tanah..... Menara itu akan mengandungi 118 lantai, 101 lif dan tempat letak kereta bawah tanah untuk menampung 3680 kereta..... Perdagangan kedai-kedai runcit yang terletak di tapak bangunan. Keupayaan orang maksimum bangunan dijangka sekitar 30000..... Pembinaan telah dihentikan pada bulan November 2008, pada bulan Februari 2009, projek itu digantung, dan pada bulan Jun 2009, projek itu secara rasmi dibatalkan......
Banyaknya bangunan tinggi-tinggi lepas ni... Tak der lah aku nak kempunan naik KLCC lagi... hahaha~~ BTW, aku ni civil engineer (to be) mesti la nak wat bangunan-bangunan macam ni jugak... So, kena fikir la macam mana bangunan yang aku nak buat.... hehehe~~
No comments:
Post a Comment