Usia dunia ni dah terlalu tua untuk menampung dosa penduduk di atas muka bumi ini... Manakan tidak, banyak je tempat maksiat seperti di genting highland la paling hampir dengan kita... Tapi, manusia ni semua nya Ego lebih... Dia ingat dunia ni bapak dia punya.. Tapi, mestilah sebab tangan-tangan manusia jugak benda tu berlaku.. Bermula tsunami di acheh, kemudian menular ke Jepun dan, Hari ni gempa besar kembali ke Acheh... Bukan kita tak tahu, majoriti penduduk acheh adalah melayu nusantara dan juga beragama Islam... Tapi, kenapa gempa ini berlaku dekat diorang..
Kalau di jepun, aku tahulah kenapa tapi, di acheh? Satu daerah yang di kenali sebagai "serambi mekah" but, mesti ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan malapetaka itu datang kepada mereka.. Masakan tidak Allah SWT menurunkan laknat jika semua beriman...
(QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
So, apabila korang baca ayat ni mesti korang tahu kenapa acheh di landa musibah... Bukan kerana Allah SWT tak sayang tapi Allah SWT nak memberi peringatan kepada kita... Jika orang beriman, dia akan ambil pengajaran tapi, bagi yang tak kenal erti jemu membuat dosa... Fikir-fikirkan lah... Harap korang semua dapat faham apa yang apa aku nak sampaikan...
kesan gempa...(hiasan)
Setakat ini, hanya dua kematian yang diketahui membabitkan rakyat aceh... Gempa ni berskala 6.7 skala rikter... Walaupun tak seteruk tahun 2004, tapi ia sudah cukup untuk memberi petanda bahawa dunia sudah hampir kepada penghujung... cuba baca sebahagian surah Al-Zilzal (1-5)...
"Tatkala bumi berguncang dengan guncangan yang dahsyat, Dan bumi mengeluarkan bebannya, Dan manusia berkata: 'Apa yang telah terjadi padanya (dunia')?,Pada hari itu bumi akan menyampaikan beritanya, Karena Tuhanmu akan mewahyukan kepadanya."
Dan juga surah ini ( QS. Al Israa : 59 )...
" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran".
Maka, apakah harus kita lakukan? fikir-fikirkanlah untuk masa depan bersama... Jangan sampai Allah SWT sampaikan ujian yang dahsyat kepada kita untuk menyedarkan kita... Kita boleh berkata kita tidak kena musibah tapi, Jika Allah SWT tidak menurunkan musibah tidak semestinya kita selamat dunia dan akhirat...
YANG IKHLAS,
firdaus
No comments:
Post a Comment