Friday, 17 June 2011

FALSAMPAH YEAH : para pengumpul setem....

assalamualaikum wbt...

Entry ini dilakukan tidak menyentuh mengenai orang yang masih hidup atau mati... Minggu lalu, dalam perjalan pulang dari kelas, terdengar satu statement daripada seorang kawan ni apabila aku bertanyakan mengenai futsal..

"malas dah aku nak main futsal ni.. lepas ni nak la aku tukar hobi iaitu kumpul setem"(syeqal, 2011)

aku apa lagi tergelak bagai nak rak sebab statement dan hobi macam budak sekolah rendah daripada orang berpelajaran tinggi, tapi sebab mamat ni nak tukar hobi.. aku cuba la search kat internet pasal setem.. Manalah tahu dapat tengok setem-setem yang menarik.. Ahakz~~ sebenarnya aku tak puas hati dengan statement dia..

Apabila di search, ini yang dijumpai...


1. British Guiana One Cent Black on Mantega



Setem yang paling mahal dan berharga dalam dunia ini.. setem ini berbentuk oktagon dan  untuk pengetahuan semua bahawa setem ini telah dicetak di atas kertas yang murah harganya yang menggunakan mangeta tinta hitam.. Setem ini telah dihasilkan pada tahun 1856 oleh British printer, Waterlow & Sons. Harga setem ini adalah $3 JUTA = RM 11 JUTA.. harapan la nak dapat..

 2. Three Yellow Skilling


Setem ini adalah kedua termahal dalam sejarah hidup manusia dalam tamadun ini... Setem ini berbentuk empat segi yang berwarna kuning/oren.. Setem ini dipanggil three yellow skilling kerana seorang penduduk sweden telah mencetak tiga skilling setem diatas kertas kuning berbanding di atas kertas hijau yang sepatutnya digunakan.. Dan, pemuda tersebut hanya mencetak satu cetakan setem sahaja untuk umum.. (lagi mampus aku nak dapat).. Pada tahun 1996, setem ini telah dijual dengan harga $2.3 juta atau bersamaan RM8.05 JUTA.. 

3. The Penny Black


Setem ini adalah ketiga termahal dalam dunia ni..(kat planet marikh aku tak tau la sebab tak pernah sampai..) Setem ini berbentuk empat segi dan ini adalah setem pertama wujud di atas muka bumi ini.. British telah mencipta setem ini bagi kegunaan menghantar surat ke negara lain.. Tarikh pencptaan setem ini adalah 1 Mei 1840.. dan harganya mencecah $2 JUTA = RM 7.6 JUTA

In conclusion, Jangan gelak dekat orang lain jika tidak tahu fakta.. Tapi aku rasa si syeqal tu pun tak tahu sebenarnya.. beruntunglah sapa-sapa menemui setem ini.... kaya bro....

wassalam..

No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner