Saturday, 10 September 2011

COOL : MELUKIS GUNA MULUT? ANDA?

Assalamualaikum wbt...

Anda pernah melihat orang melukis guna mulut? Bukan melukis menggunakan pensil di mulut la noobest semua... Kalau melukis guna pen di mulut, aku pernah buat masa masuk pertandingan dulu... Korang ni dah tahu aku NOOB, jangan jadikan diri korang NOOB jugak... So, disebabkan aku ni pernah jugak melukis guna kaki dan siku... So, macam pelik la orang melukis guna mulut... Kalau untuk cium tu biasa la.... Ko ni, aku gurau pun xleh...


ni yang aku kata guna pen letak kat mulut...

Tapi, minah ni lain pulak kerja dia... Melukis guna mulut.. Eh, patut la pelik... Bibir la... So ,korang try tengok la cantik ke tak dia ni lukis...






So, korang percaya aku cakapkan... Se NOOB aku pun, xde giler macam dia ni... hehe~~


SUMBER : SINI

'Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea'

assalamualaikum....

GIVEAWAY...saya suka DOMO lah!

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku belek~ belek la banyak2 blog kat malaysia ni... Mana la tahu kalau-kalau ada yang berkenan... Aku ni SEORANG YANG NOOB... Padahal lusa nak ambik final paper untuk CIVIL ENGINEERING 2nd year 2nd sem kat sebuah university di malaysia ni... Kenapa aku cakap aku noob...? Jom tengok...

Korang kenal ape benda ni?


Dalam hidup aku, aku pernah jumpa benda ni tapi, aku xpernah kenal... Nampak sangat ke NOOBAN aku... kalau dalam bahasa jepun, ni dia.. どーも くん = DOMO LAH... Bukan gomolah... Nanti aku gomo hang semua baru tahu... So, disebabkan ke NOOBAN aku... Aku masuk contest si DIA ni buat... Manalah tahu boleh menang... Dalam hidup ni... memang aku xkenal benda ni... Aku kenal anime je... Naruto, Bleach and One peace... Padahal tu je aku layan... hahaha~~




Kalau korang NOOB macam aku, korang search wikipedia untuk tahu benda ni... Macam aku la jugak... So, aku, jumpa bahawa ke NOOBAN aku memang terserlah sebab benda ni akan keluar setiap kali iklan kat tv NHK di Jepun.... Bongok la kau, aku ingat dia adalah buatan Malaysia... So, yang tu terlebih NOOB... Btw, Thanks kepada eqbalzack walaupun aku xkenal tapi, nak bagi aku masuk contest ni pun jadi lah... So, korang jangan jadi NOOB macam aku...

 DOMO LAH NOT EQUAL KODOMO LION KAN... 
HEHE..


Macam mana aku terlepas pandang benda ni? Padahal aku dapat hadiah tabung dulu pun benda ni jugak... Tapi, mungkin dalam bentuk tabung... So, i don't care about bentuk... Yang penting, isi tabung tu... $$$$$ ... Hehe...


YANG IKHLAS,
firdaus

Thursday, 8 September 2011

AWESOME... TERRRRRR....

Assalamualaikum wbt...


Never say fed up with your life until you die... Itu sahaja pesanan aku sebab bagi aku selagi kita hidup, kita still ada peluang untuk berjaya dan juga untuk mengubah dunia.... Okeyh... Korang tak percaya ker... Aku bagi contoh presiden Iran la ye... Mahmoud Ahmadinejad... Saper dalam dunia ni tak kenal mamat ni yang dulunya berasal daripada keluarga petani... Pernah susah dan juga pernah merasai bertapa peritnya hidup dalam kesusahan... So, korang boleh bayang seorang PETANI menjadi PRESIDEN... Bukan macam negara-negara lain, presiden nak stok-stok kaya... So, diorang tak pernah merasa erti susah... So, kesusahan mengajar kita erti hidup apabila kaya... So, never say fed up with life until you die...


 ini presiden berjiwa rakyat...
tak perlu rumah besar tapi, hidup sederhana...

Hari ni pembuka dia dengan semanis seorang pemimpin... Tapi, apakah kandungan yang aku nak cakap awesome sangat tu? So, hari ni aku nak cakap tentang jenis-jenis gelas yang special dicipta oleh manusia dengan kreativity manusia untuk kegunaan manusia tapi, dengan ilham Pencipta kita... Dapat aku nak cakap ape...

"SEHEBAT MANAKAH MANUSIA ITU MENCIPTA TAPI, KITA JUGA DICIPTA DARIPADA SANG PENCIPTA"

Mari kita layan penciptaan manusia dalam bidang pergelasan ini...

1. GELAS MINUMAN CHIPLES


2. GELAS BOTANIK



3. “EvOlverre” ~ SATU GELAS UNTUK SEMUA MINUMAN









4. ENTAH LERR..



5. GELAS TANGKI (TANK GLASS)


6. GELAS PLASTIK


So, apa yang nak di pelikkan lagi... Memang manusia ni Allah SWT menciptanya dalam keadaan kreatif tapi, banyak yang di salah guna... So, ingatlah bahawa kita hidup di bawah naungan Ilahi... Sejahat mana kita kepada dia juga kita akan kembali....

IKHLAS DARIPADA,
firdaus

Wednesday, 7 September 2011

HOT!! NEW STUFF... KA-PERGH....

Assalamualaikum wbt...

Korang mesti tertipu dengan tajuk ni... Aku saje je latak sebab aku nak tunjuk korang masakan terbaru daripada aku punya kakak ipar... Dia ni pandai giler masak but, cannot beat my mum la... =.=" ... Mak aku jarang masak kek... So, mana la aku tahu sedap atau tak sebab aku duk jauh ni... So, hari ni dah stress sangat ni... Budak-budak perempuan yang minat dengan masak memasak ni... Boleh la cuba masak benda ni... Surely, sedap hingga menjilat jari kaki...



Nama benda ni adalah bread pudding vannila souce..nama nak orang puteh je tapi, bagus untuk breakfirst korang... so, layan je la... memang terbaik gua cakap lu.... Selamat mencuba....

bread pudding vannila souce

Ni resepinya... Kalau korang nak cubala.... kalau tak, tak payah baca...

puding roti
1 kpg roti putih
2 kotak susu (yg kecik 250ml tu)
1 cwn gula..blh kurang klu rasa2 manis
2 biji telur
2 sudu besar marjerin/buttter
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
kismis/ceri/hirisan epal hijau/jem/peanut butter..apa2 je la yg di sukai kan

1..lapisan pertama,potong @carikkan roti dan susun dlm bekas .lapisan kedua blh la bubuh filling cam ceri,hirisan epal @lain lain..buantla sampai habis roti..

2.klu nak guna peanut butter/jem @ seangkatan jenis sapuan, kena sapu kan roti dulu then potong n susun dlm bekas ye

3.1 kotak susu bancuh ngan 1/2 cawan gula... kacau sampai gula hancur..tuang rata atas roti...tuang lg satu kotak susu tu...tgglkan 3 sudu susu utk adunan telur

4.simpan roti dlm peti sejuk 1-2 jam

5.bancuh tpg jagung +telur+marjerin_esen vanila+ baki gula+baki susu tadi..kacau hingga rata

6.tuang atas roti susu tadi
bakar 30-40 minit suhu 180.....

Kalau korang nak tahu siapa yang buat resepi ni, sila klik SINI... Yang pakai tudung kuning tu... Harap korang boleh cuba... Sebab serius sedap... hehehe~~


IKHLAS DARIPADA,
firdaus

COOL : SIMPLE BUT, STYLE...

Assalamualaikum wbt....

Hari ni sebab dah masuk hari khamis, so, aku nak ucapkan selamat berpuasa sunat bagi yang sudah bersunat... OPSSS.... silap... Bagi yang beragama Islam la.... So, hari ni nak dah takde cerita sangat but, still ada gambar... Jom layan kreativity manusia dalam membuat sesuatu yang tidak pernah di bayangkan... Simple but, ada style la... Cammon support la sikit member-member....









So, korang dah tengok kan... Manusia ni kreatif dengan semua benda ni... Memang diorang suka buat benda ni... Aku pun dah xlarat... Nanti petang ada paper final exam... So, xsempat update kot... So korang layan je la...

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011

Assalamualaikum wbt...

Nak try join jugak...
mana la tahu boleh review blog...
hehehe~~ 
cuba KLIK sini...

wordless wednesday #1

Assalamualaikum wbt...

Nak cuba benda ni jugak la...




and


IKHLAS DARIPADA,
firdaus 

SUPPORT LA MEMBER-MEMBER..

Assalamualaikum wbt....

Saya anak malaysia... Dan saya bangga jadi anak malaysia... hehe~~ Boleh percaya ke ni kecik ha? abang ko ni sayang malaysia... Kata nak sambung kerja kat Australia... So, tak sayang la tu... Sebenarnya, aku wat benda ni saje2 je... Bukan aku masuk contest pun tapi, sebab aku pun tengah belajar di Universiti Malaysia... So, kena support la member-member sikit... Bukan payah pun... hehe...



Sebenarnya, post ni khas untuk kawan aku di Universiti ni... Dia masuk contest SAYA SUKA MALAYSIA yang di taja sepenuhnya oleh petronas... Sayangnya, aku dapat tahu lewat... Kalau tak, dah lama aku masuk sekali... But, kalau dah kawan masuk takkan nak potong stim dia kot...So, Support la member-member sikit... Pada 18/8 - 25/8, PETRONAS buat la pertandingan SAYA SUKA MALAYSIA... So, bukan main lagi ramai yang masuk aku bukan ape la... aku suka jugak Malaysia sebab aku xpergi lagi negara lain....



Bab kata kawan aku la, kalau ko xsayanng negara ko sape lagi nak sayang... Nampak sangat aku ni xsayang negarakan... But, ni khas untuk kawan aku yang sedang berjuang dalam contest ni... So, korang layan example2 ni... nanti aku cakap macam mana nak undi dia...



Ala, dua cukup ke tak ni... So, korang xyah la nak support bukan member-member ni... Korang support member aku ni ye... mudah je cara dia nak support member ni...

1. korang "login facebook"
2. korang try search "Petroliam Nasional Berhad (Petronas)"
3. korang like page ni dan korang tengok sebelah kiri...
4. Tekan "SAYA SUKA MALAYSIA"
5. kat situ ada box search and taip "syamsul"
6. Then, tekan like kat video dia...
7. Tamat...


Senangkan, so, nilah video kawan kita tu... Support la member kita ni.... Hadiah kalau menang aku pun xtau... So, layan....




So, cepat2 la support member ni... Dekat final ni, tolong orang ni amat la mulia... hehehe~~ Tarikh tutup dia 12/9.... So, cepat2 la mengundi.... UNDI JANGAN TAK UNDI....

IKHLAS DARIPADA,
firdaus

Tuesday, 6 September 2011

DUNIA HAMPIR KEPADA KEMATIAN...

Assalamualaikum wbt...

Usia dunia ni dah terlalu tua untuk menampung dosa penduduk di atas muka bumi ini... Manakan tidak, banyak je tempat maksiat seperti di genting highland la paling hampir dengan kita... Tapi, manusia ni semua nya Ego lebih... Dia ingat dunia ni bapak dia punya.. Tapi, mestilah sebab tangan-tangan manusia jugak benda tu berlaku.. Bermula tsunami di acheh, kemudian menular ke Jepun dan, Hari ni gempa besar kembali ke Acheh... Bukan kita tak tahu, majoriti penduduk acheh adalah melayu nusantara dan juga beragama Islam... Tapi, kenapa gempa ini berlaku dekat diorang..



Kalau di jepun, aku tahulah kenapa tapi, di acheh? Satu daerah yang di kenali sebagai "serambi mekah" but, mesti ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan malapetaka itu datang kepada mereka.. Masakan tidak Allah SWT menurunkan laknat jika semua beriman...

 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

So, apabila korang baca ayat ni mesti korang tahu kenapa acheh di landa musibah... Bukan kerana Allah SWT tak sayang tapi Allah SWT nak memberi peringatan kepada kita... Jika orang beriman, dia akan ambil pengajaran tapi, bagi yang tak kenal erti jemu membuat dosa... Fikir-fikirkan lah...  Harap korang semua dapat faham apa yang apa aku nak sampaikan...

 kesan gempa...(hiasan)

Setakat ini, hanya dua kematian yang diketahui membabitkan rakyat aceh... Gempa ni berskala 6.7 skala rikter... Walaupun tak seteruk tahun 2004, tapi ia sudah cukup untuk memberi petanda bahawa dunia sudah hampir kepada penghujung... cuba baca sebahagian surah Al-Zilzal (1-5)...

"Tatkala bumi berguncang dengan guncangan yang dahsyat, Dan bumi mengeluarkan bebannya, Dan manusia berkata: 'Apa yang telah terjadi padanya (dunia')?,Pada hari itu bumi akan menyampaikan beritanya, Karena Tuhanmu akan mewahyukan kepadanya."

Dan juga surah ini ( QS. Al Israa : 59 )...

" Dan biasanya kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran".






Maka, apakah harus kita lakukan? fikir-fikirkanlah untuk masa depan bersama... Jangan sampai Allah SWT sampaikan ujian yang dahsyat kepada kita untuk menyedarkan kita... Kita boleh berkata kita tidak kena musibah tapi, Jika Allah SWT tidak menurunkan musibah tidak semestinya kita selamat dunia dan akhirat...



YANG IKHLAS,
firdaus

Monday, 5 September 2011

JELAJAH DUNIA DENGAN SEBIJI KERETA...

Assalamualaikum wbt...

Mungkin cerita ini sudah di ketahui ramai tapi, aku dah boring sangat ni... Study pun dah tak masuk... So, kena la rest kejap untuk amik mood... Tahukah anda terdapat satu family yang menjelajah satud dunia menggunakan sebiji kereta sahaja... Orang lain berebut-rebut menaiki kapal terbang tapi, dia ni unik... Ingin merasai setiap perjalanan dengan diri sendiri... Memang terbaik.. Pasangan Herman dan Candelaria Zapp adalah manusia itu.. Kalau korang anggap dia pergi dengan ferrari atau mazda, mungkin andaian anda tersilap sama sekali... Bukan sekali, tapi dua, tiga atau empat kali... Kereta apakah yang diorang gunakan...

kereta apakah ini...

Dengan menggunakan mobil antik Graham-Paige produksi tahun 1928, mereka telah menghabiskan waktu berkeliling dunia selama 11 tahun terakhir . Kalau dah sebelas tahun, aku mesti darjah 3 masa tu... Noob lagi aku rasa sebab tak kenal dunia tapi, diorang dah keliling dunia... Kalau nak di bandingkan dengan kereta lain, korang rasa kereta ni boleh ke mengelilingi dunia... Pada pandangan pertama la... Kalau aku mungkin tak sebab kereta lama.. Bab kata kawan aku, barang lama ni jangan dikenang... Eh, ada kaitan ke...
Rey Graham (paling kiri), cucu Robert Graham pembuat kereta klasik Graham Paige, bergambar dengan keluarga Zapp di Pacifica, California, 2008

Kalau korang nak tanya aku bila dia lalu malaysia tu, aku kurang tahu la tapi, dia dah lalu Indonesia pada bulan 5 yang lepas... So, dalam bulan 5 tu jugak kot dia lalu malaysia... So, korang layan la pics diorang merentasi semua negara yang berjaya dirakam oleh diorang ni...

 kanada, 2007

 USA, 2008

NY, 2007

 
AUSTRALIA,TAHUN TAK TAHU...

Diorang start mengembara di atas muka bumi pada tahun 2000 dengan destinasi pertama adalah Argentina... So sekarang dah 2011... makan, lengkap lah 11 tahun journey mereka.... Ingatlah, ayat ini...

"Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang Kami wahikan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?" (surah yusuf :102)

Jika kamu orang beriman, mengembaralah keseluruh dunia supaya kamu melihat kecantikan alam ini yang diciptakan oleh Allah SWT... dan, juga singgahilah tempat orang-orang kafir yang ditimpa azab oleh Allah SWT dahulu supaya kamu menginsafi dosa-dosa kamu... Dan, aku suka mengembara dan tangkap gambar sebab Allah SWT ciptakan alam ni dengan begitu indah untuk dihayati... 

YANG IKHLAS,
firdaus



 

Sunday, 4 September 2011

FALSAMPAH INFO: TIADA KEHIDUPAN SETELAH MATI? IMPORTANT..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sebab dah teruk sangat belajar... Memang aku terlalu mengejar ilmu sampai aku lupa dan alpha dengan dunia... Aku nak korang amik pensil dan buat Math... Mesti korang akan buat dengan tekun tanpa merasa masa itu tetap berjalan... Tiba-tiba anda sedar bahawa masa sudah terlalu lewat... Sebelum ni, aku ada terbitkan pasal SOMALIA... Negara yang paling digeruni buat masa ini... Hal ini berkaitan kematian but, siapa kenal dia nih...


Manusia bekerusi roda ini adalah STEPHEN HAWKING... sapa-sapa tak kenal dia ni memang la biol sebiol otak aku sekarang... Satu dunia bangga dengan kejayaan dia menggukur alam semesta menggunakan big bang theory... Bukan yang cerita tu... Sampai ada yang menjadi pengikut setia sampai mempercayai semua kata-katanya... Kat Malaysia ni, kit ada seorang budka pandai matematik yang di bangga-bangga... Padahal Itu semua ketentuan Ilahi... But, nak buat ape bangga sangat... Nanti makan diri..



ni theory big bang...

Tapi, adakah manusia ni mempercayai kehidupan setelah kematian? jom kita baca statement dia... Fisikawan terkenal Stephen Hawking baru-baru ini menjelaskan keyakinannya bahwa Tuhan itu tidak ada dan oleh karena itu manusia harus berusaha untuk menjalani kehidupan mereka sebaik-baiknya selama hidup di bumi....

 “Saya telah hidup dengan prospek kematian dini selama 49 tahun terakhir. Saya tidak takut mati, tapi saya tidak akan terburu-buru mati. Begitu banyak yang ingin saya lakukan terlebih dahulu. Saya menganggap otak sebagai komputer yang akan berhenti bekerja ketika komponennya gagal. Tidak ada surga atau akhirat untuk komputer yang rusak; surga atau akhirat adalah sebuah kisah dongeng bagi orang-orang yang takut gelap.”

 adakah kehidupan setelah kematian?

Buku terbaru Hawking, "The Grand Design," melawan teori Isaac Newton yang menyatakan bahwa matahari tidak boleh diciptakan tanpa campur tangan Tuhan.

"Karena ada hukum seperti gravitasi, alam semesta  dan akan menciptakan dirinya sendiri dari tidak ada. Penciptaan spontan adalah alasan sesuatu ada dari tidak ada, mengapa alam semesta ada, mengapa kita ada… anda tidak perlu memanggil Tuhan untuk mengatur alam semesta berjalan," kata Hawking.

 siapakah yang mengatur segalanya?
adakah ia terjadi sendiri?

Stephen Hawking didiagnosis menderita penyakit Lou Gehrig degeneratif pada usia 21. Ia kehilangan kemampuan berbicara dan selama beberapa dekade telah berbicara melalui alat bantu synthesizer elektronik.  

Adakah kita tidak percaya tiada kehidupan setelah kematian? Anda boleh bertanya pada diri anda... Jika anda tahu di manakah roh anda sekarang... Boleh anda terangkan kepada aku supaya aku boleh jugak cari di manakah roh aku... Di kepalakah, di hidungkan dan di jantungkah? Sama-sama kita hayati surah as-syams yang menerangkan tentang pergerakan bumi dan matahari... 

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari(1) 
Dan bulan apabila mengiringi(2) 
~as-syams :1-2~

ni la matahari bagi orang noob...

Dalam ayat-ayat ini Allah bersumpah dengan matahari terbit atau tidak terbit sebab dia adalah benda besar yang menunjukkan atas kekuasaan yang menciptakannya dan bersumpah dengan cahayanya, karena dia adalah sumber kehidupan bagi semua yang hidup. Dengan bulan apabila mengiringinya, dengan siang apabila menampakkannya, dengan malam apabila menutupinya, dengan langit serta pembinaannya, dengan bumi serta penghamparannya dan dengan jiwa serta penyempurnaan ciptaannya.
Kesemuanya itu menunjukkan atas kekuasaan Allah SWT pencipta benda-benda dan hal-hal yang luar biasa itu.

So, ini kes sama macam kes tentang manusia dicipta daripada monyet... Apa kes dengan si Darwin ni... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, sila layari SINI... Hopefully, korang jangan anggungkan seseorang tu melebih sangat... Takut jadi masalah kepada kita... But, 

"kita ambik yang postif daripada seseorang dan terap dalam diri kita... So, tak delah kita terpesong"

So, harap korang faham...



Yang ikhlas,
firdaus
 

Design By:
SkinCorner